Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 4

Entah kenapa saya suka sangat gambar Aiman yang satu nih...
Alhamdulillah, berkat kesungguhan, akhirnya Aiman berjaya juga mendapat mumtaz dalam salah satu pelajarannya dalam Ujian Prestasi 1 (UP1). Itu satu je lah. Yang lain, hanya lulus sahaja sebab masa tu, memang belum sentuh langsung pelajaran lain.

25 March 2013

KAMIL Zon 1 Sepang 2013

Bergambar sejurus tiba di SRA Bukit Bangkong, Sepang.
Pada hari Sabtu lepas (23 Mac 2013), pihak sekolah menghantar hampir 200 orang peserta mewakili sekolah ke Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 1 Daerah Sepang di SRA Bukit Bangkong.

22 March 2013

Budak 10 Tahun Dan Seksualiti Part 2

Entry kali ini adalah sambungan daripada entry terdahulu: Budak 10 Tahun Dan Seksualiti.

Sejak Isnin, asyik meniti di bibir mereka, perkara berkaitan seksualiti, sehinggakan saya merasa rimas dengan setiap apa yang mereka perkatakan.

Tindakan mereka itu akhirnya mengundang kemarahan saya.

Mereka yang sebelum ini bergurau mesra dengan saya tanpa sebarang masalah, kini gurauan mereka bercampur bahasa-bahasa yang agak menjurus kepada perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai 18SX.

Bila saya sudah naik angin, barulah masing-masing mengendurkan sedikit penggunaan bahasa-bahasa tersebut.

20 March 2013

Budak 10 Tahun Dan Seksualiti

"Eee, ustaz gay, pegang-pegang orang."
"Pegang pun tak boleh? Kalau macam tu, orang Arab tu semua gaylah, sebab diorang berjumpa peluk-peluk. Kamu juga jangan salam dengan saya. Kalau kamu salam, kamu pun gay sebab kamu pegang saya."

Agak berang dengan kata-kata beberapa kerat orang murid ketika saya meraikan pencapaian Solah dan Aqif Aiman dalam Ujian Prestasi 1 bagi pelajaran Tajwid. Solah mendapat 91 peratus manakala Aqif Aiman pula mendapat 93 peratus. Solah yang ketika itu baru sahaja selesai latihan nasyid menunjukkan keputusannya kepada saya manakala Aqif Aiman menyusul beberapa minit kemudian seusai menunaikan solat Asar berjemaah berimamkan Ustaz Rijal.

Kisah Aqif Aiman ada dicoretkan dalam tiga entry sebelum ini.

Sejak kebelakangan ini, murid-murid saya, bermula dari tahun 4 sehinggalah tahun 6, asyik berbicara berkenaan dengan gangguan seksual dan LGBT. Huh. Saya semasa berumur 12 tahun dahulu, masih tidak mengetahui apa itu seks, tetapi mereka kini lebih ke hadapan.

19 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 3

Saya dan Aiman.
Aiman bersungguh-sungguh nampaknya dalam memahami dan mengingati pelajaran dalam usahanya mendapatkan Mumtaz dalam PSRA.

11 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 2

"Ustaz, lepas ni ustaz free tak?"

Saya tersentak dengan pertanyaan Aqif Aiman yang saya lebih selesa memanggilnya dengan nama Aiman. Kebetulan, saya menyertai solat Asar berjemaah murid-murid tahun 5 dan 6 yang diimamkan oleh Ustaz Rijal. Seusai solat, saya disapa olehnya.

"Kenapa?"
"Saya nak belajar dengan ustaz."

Eh? Terkejut bercampur terharu bila mendengar pemintaan daripadanya. Kebiasaannya, agak sukar seorang murid mahu menahan saya daripada balik semata-mata mahu melanjutkan pembelajaran mereka bersama saya.

05 March 2013

Selepas AGM PIBG 2013

Keceriaan pada wajah mereka menjadi ubat yang paling mujarab bagi saya.
Alhamdulillah, kesibukan yang melanda selama beberapa minggu kebelakangan ini semakin berkurangan. Kini, hanya tinggal kerja yang berkaitan dengan Ujian Prestasi 1 yang baru sahaja selesai semalam (5 Mac 2013).