Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 March 2015

Sebelum GST Siri 2

Bergambar dengan Afzal pada hari terakhir sebelum GST bermula. Hahaha...
Sambungan coretan terdahulu. Sebelum ini, saya kongsikan beberapa 'keping' gambar bagi setiap aktiviti saya sebelum cuti, kali ini pula, gambar aktiviti saya pada minggu akhir Mac 2015 selepas cuti. Cekedaut... Hahaha...

۞   ۞   ۞   AGM PIBG   ۞   ۞   ۞
Aktiviti: Mesyuarat Agung dan Pemilihan AJK PIBG 2015
Tarikh: 28 Mac 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan SRA Bandar Bukit Puchong

Cukup satu gambar, kot... Hahaha...

۞   ۞   ۞   SAMSMEL   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Asrama Terbuka
Tarikh: 28 Mac 2015 (Sabtu)
Tempat: SAM Sungai Merab Luar
Bergambar dengan Naqib Haziq.

Dah lama tak datang bekas sekolah saya, SAM Sungai Merab Luar. Kebetulan ada program, jadi saya terus datang lepas habis AGM PIBG. Dapat jumpa dengan Sir Din... Rindu dah lama tak jumpa.


Ramai juga bekas murid saya sambung belajar di sini. Antaranya Firdaus Zulkifli, Farhan Sidqi, Farhan Mohamad, Naqib Haziq, Nidal Haziq, Sharul Aman, Alif Adhwa, Aiman Hazim, Salman, Syahmi Suhaimi, siapa lagi ek... Ada juga yang dah keluar dari sekolah ni lepas habis form 3, sambung di tempat lain.

Tapi rugilah tak dapat bergambar dengan diorang ramai-ramai hari tu, tak sempat. Sempat selfie dengan Naqib Haziq je...

۞   ۞   ۞   KAMIL   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Latihan untuk Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL)
Tarikh: Setiap hari
Tempat: SRA Bandar Bukit Puchong

Seperti biasa, saya diamanahkan untuk melatih peserta Khat yang mewakili sekolah ke Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon. Cuma kali ni saya bukan sahaja melatih peserta Khat Tahap 2, tetapi juga melatih peserta Khat Kafa Menengah yang akan bertanding di SAM Batu 10 Hulu Langat pada Rabu ini, esoklah.

Peserta Khat Tahap 1 dilatih oleh Ustazah Amera.



Aina
Afzal
Bergambar dengan Afzal tengah hari tadi.
Tidak seperti di sekolah lama, kali ini saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka untuk menang setelah melihat hasil yang mereka hasilkan. Cuma saya masih berharap mereka mampu menang walaupun saya rasakan peluangnya agak tipis.

Tiada gambar peserta Tahap 2 yang saya latih, terlupa nak bergambar dengan mereka.

Doakan Afzal dan Aina berjaya...!

Sebelum GST Siri 3 menyusul...

Selamat membayar GST buat semua rakyat Malaysia.

Tinta mencoret: Akan melangkah ke bulan yang begitu sibuk...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments: