Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

24 February 2011

Sepanjang Februari '11


 Bulan ini (Februari 2011) penuh dengan program, aktiviti, dan perancangan yang saya sertai. Itu tidak termasuk dengan cuti umum yang berlambak-lambak sehingga menjejaskan sesi pengajaran.

Pening juga. Cuma dalam entry ini, saya cuma nak coret beberapa program dan aktiviti yang saya sudah dan bakal sertai.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SRABSP

Murid SRABSP sedang berarak.
Alhamdulillah, SRA Bandar Seri Putra telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan jayanya. Walaupun program ini diakhiri dengan 'slot pesta mandi hujan', tetapi secara keseluruhannya, semuanya berjalan dengan lancar sebelum 'slot mandi hujan'.

Gambar boleh diintai di Muka Buku saya.

HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS (H30K)

Bersama sahabat
dari Parlimen Sepang
Dengan tidak semena-mena, saya 'terserta' H30K ini di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Sabtu (19 Februari) lepas. Meriah dan kelihatan lebih 30 ribu pemuda khususnya daripada Dewan Pemuda PAS seluruh negara berhimpun di tapak Kompleks PAS tersebut untuk mendengar amanat pimpinan PAS Pusat.

Juga tidak semena-mena, Saudara Bob Lokman menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sewaktu perasmian H30K. Acara ini tiada dalam tentatif program.

Gambar boleh diintai di Muka Buku saya.

Jadual waktu Ujian Prestasi dan Peperiksaan SRA Bandar Seri Putra
Macam-macam ragamlah bila lihat murid-murid menjawab ujian. Murid-murid tahun 4 khususnya terkejut dengan bentuk soalan yang berubah mengikut bentuk soalan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) JAIS. Tambah memilukan, subject pertama adalah Tajwid. Pergh! Mana nak letak muka bila melihat kepada 'ketibaian' murid-murid menjawab soalan kerana tidak memahami arahan yang diberikan. Tunggu sahajalah keputusannya.

Khairul Naim menjawab soalan dengan tekun dan khusyuk. Yeke?
Setakat ini, markah yang tertinggi adalah 84 peratus yang diperoleh Ahnaf daripada kelas 4 Ibnu Bathutah. Moga-moga bila saya tanda kertas daripada kelas 4 Ibnu Sina (kelas pertama) nanti, adalah murid yang boleh mendapat peratusan yang lebih tinggi daripada ini.

PROGRAM KEPIMPINAN SAMBBST

Program ini diadakan bermula esok (25 Februari) sehingga Ahad (27 Februari). Insya-Allah, jika berkelapangan, saya akan mencoret mengenai program ini selepas semuanya selesai.

Tinta mencoret: Bestlah kalau tiap-tiap bulan macam bulan ni. Tak lah boring duduk rumah.

Bandar Seri Putra, Bangi SDE

2 comments:

  1. haha nampak meriah! nice.

    *macam mana boleh terlepas sampai kedah?

    ReplyDelete
  2. Pagi Jumaat tu tetiba ada kawan tanya, aku pown terus je la sahut nak pergi...

    ^_^

    ReplyDelete