Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 June 2011

Sebulan Perit


Kata orang, kalau kita menunggu sesuatu, masa akan menjadi terlalu panjang. Akhirnya kita merana terseksa menantikan sesuatu yang ditunggu itu.

Yup! I agree with that. Sejak Isnin lepas sehingga hari ini (Khamis, 23 Jun 2011), sudah tiga hari saya menantikan kehadiran petang hari Jumaat ini (24 Jun 2011) yang tinggal lebih kurang 31 jam sahaja lagi.

Memang menyeksakan!

"Apa yang kautunggu?"
"Ehem~~"

Masih ingat lagi peristiwa Saga WBH yang meragam lebih kurang sebulan lepas? Sudah sebulan saya mengemis mengharapkan ehsan orang sekeliling untuk bergerak. Selama sebulan itu jugalah saya terpaksa menghadkan pergerakan walaupun saya bukan jenis manusia yang suka terperap. Sebulan jugalah saya terpaksa bersabar dan menahan nafsu serakah yang meronta-ronta mengharapkan untuk keluar daripada kawasan yang sama. Jiwa terpenjara akibat daripada ragam sebuah jentera beroda empat: Saga WBH!

La hawla wa la quwwata illa billah!

Segala-galanya di dalam kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dialah yang merancang dan menjadikan Saga WBH rosak tatkala tiba di Leisure Mall bulan lepas. Saya redha dengan ketetapan yang Dia rencanakan. Saya faham, segala-galanya mempunyai hikmah dan kebaikan walaupun jauh di sudut hati terasa kepayahan menempuh ujian yang dirasakan berat itu.

Selama sebulan ini jugalah, saya terfikir, sejauh mana saya gunakan jentera berbadan biru itu untuk memperhambakan diri kepada Allah? Banyak keadaan Saga WBH digunakan hanya untuk keseronokan duniawi dan nafsu serakah yang langsung tidak membawa faedah kepada kehidupan di sana. Diri terasa asing bila Tuhan dijauhkan dari hati.

Semakin lama memilikinya, semakin jauh dengan Tuhan. Eloklah nikmat itu ditarik sementara agar hati tersentak dengan 'teguran' Allah. Dia menyayangi hamba-hamba-Nya. Dengan cara 'teguran' tersebut, hamba-Nya yang lalai menilai semula nilai kehidupan mereka selama ini, adakah menepati apa yang seharusnya mahupun tidak.

Secara jujur, saya sememangnya 'menyayanginya' walaupun hakikatnya saya terpaksa 'melepasnya' kepada orang lain yang lebih memerlukan khidmatnya.

Benarlah. Manusia hanya pandai merungut bila sesuatu nikmat itu hilang sedangkan bila nikmat itu dikecapi, langsung tidak dihargai.

Banyak yang saya belajar selama sebulan yang memeritkan ini. Alhamdulillah, saya akan menjadikannya sebagai pengajaran yang begitu berharga. Akan disyukuri nikmat SEBUAH KEDERAAN yang ditarik selama sebulan dengan penerimaan sebuah jentera baharu berwarna hitam-putih, Viva 660, insya-Allah lagi lebih kurang 30 jam sahaja lagi.

"Syahmi, bila nak keluar Viva?"
"Esoklah. Sabar la sayang..."

Ustazah Nora bergaya dengan Myvi putihnya. Ustaz Hanif pula gah dengan Pesona barunya. Mungkin ada yang memperlekehkan saya hanya kerana membeli Viva. Wallahu a'lam. Buat apa nak berfalsafahkan "Biar papa asal bergaya" sedangkan hanya Viva yang saya mampu? Mungkin individu lain lebih berkemampuan daripada saya untuk memiliki kereta idaman masing-masing yang lebih besar dan selesa daripada yang saya beli. Rezeki masing-masing. Saya bukan mementingkan kehebatan dan keselesaan tetapi saya pentingkan fungsinya.

Saya belum lagi terfikir untuk hidup bergaya dan selesa selagi saya belum mampu untuk keluar daripada bebanan hidup yang saban hari semakin menekan sehingga terpaksa mengikat perut dengan batu. Itu prinsip yang saya pegang.

Ada yang mencadangkan agar saya touch-up sedikit Viva, letak sport rim dan sebagainya. Saya hargai pendapat semua. Cumanya, belum ada perancangan untuk 'menacap-nacap' Viva sehingga menjadi sporty. Maklumlah, tiada budget.

Sehingga dimaklumkan semalam (22 Jun 2011), Viva tersebut sudah dibawa ke showroom berhampiran UPM dari Rawang. Viva tersebut sudah ready dan hanya menunggu proses dokumentasi dengan pihak berkaitan sahaja seperti JPJ sebelum dapat diserahkan.

Alhamdulillah, akhirnya saya memiliki sebuah kereta baru yang baharu.
Selamat tinggal Saga kesayanganku...

Tinta mencoret: Jangan papa untuk bergaya.

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE

3 comments: