Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 August 2011

Berpasang-pasangan


Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Allah menciptakan makhluk di atas muka bumi, semuanya berpasang-pasangan. Haiwan; ada jantan, ada juga betina. Tumbuhan; ada juga yang jantan, juga betina seperti pokok betik. Nukleus, terdapat di dalamnya proton dan neutron. Dataran dilengkapi dengan lautan. Siang silih berganti dengan malam. Terbitnya mentari selepas hilangnya bulan.

Begitu juga dengan kita selaku manusia. Manusia juga diciptakan secara berpasang-pasangan, ada yang lelaki, ada yang perempuan. Bersyukurlah sekiranya kita menjadi lelaki, juga bersyukurlah sesiapa yang diciptakan sebagai perempuan.

Masing-masing ada peranannya yang tersendiri. Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah memberikan kepada lelaki dan perempuan akan tanggungjawab masing-masing. Tugas kita, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa banyak soal dan songeh. Sekiranya ada antara lelaki ataupun wanita yang cuba-cuba ingin mengatasi yang lain, maka murka Allah akan kena, bukan kena pada mereka yang cuba melawan perintah Allah, malah ia juga akan ditimpakan kepada yang lain yang tidak melawan.

Di Akhirat kelak, Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan melihat kepada jantina kita, tidak akan memasukkan satu jantina ke dalam syurga manakala satu jantina yang lain akan diazab, sebaliknya Allah hanya akan nilai pada ketakwaan hamba-hamba-Nya. Sekiranya beriman dan bertakwa, maka Allah akan memberikan nikmat kepada mereka, dan jika sebaliknya, maka nantikanlah azab Allah yang maha pedih di dalam neraka, na'uzubillahi min zalik!

Secara fitrahnya, manusia akan tertarik kepada jantina yang berlawanan. Ia adalah sunnatullah. Sekiranya ada seorang lelaki yang suka kepada lelaki atau perempuan yang sukakan perempuan, maka ia melanggar hukum alam yang telah disusun oleh Pencipta kita. Daripada lelaki dan perempuan itu, maka akan lahirnya zuriat yang akan menyambung tugas khalifah yang ditinggalkan oleh waris mereka. Bagaimana mungkin akan adanya zuriat sekiranya dua manusia sama jantina 'bersama'? Tentunya proses pengembangan umat manusia bakal terbantut

Dan pastinya sikap homoseksual seperti ini dilaknat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Lelaki ditugaskan untuk mentadbir kehidupan, menguruskan masyarakat. Lelaki perlu mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Lelaki, diwajibkan ke atas harta mereka untuk berikan kepada isteri dan keluarga. Lelaki, tiada pada mereka istilah 'cuti'.

Perempuan ditugaskan untuk membantu lelaki. Perempuan pelengkap kepada kekosongan kehidupan. Perempuan, dengan lemah-lembut membelai dengan penuh kasih sayang anak-anak. Perempuan, harta mereka diharamkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ke atas suami kecuali dengan keizinan. Perempuan, dihadiahkan Allah dengan 'cuti'.

Perintah Allah ke atas lelaki sesuai dengan fizikal mereka yang kuat serta fikiran yang lebih rasional.
Perintah Allah ke atas perempuan pula sesuai dengan kelebihan mereka, lemah-lembut, emosi.

Lelaki mengatur kehidupan manakala perempuan pula mewarnai kehidupan yang diaturkan itu.

Kedua-duanya saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Dua pasang burung.
Oleh sebab itu, Nabi Allah, Adam Alayhissalam berasa bosan hidup keseorangan di dalam syurga. Tatkala melihat sepasang burung riang berterbangan, baginda berdoa agar dikurniakan seorang makhluk yang sespesis dengannya agar boleh dijadikan teman berbual, teman menghilangkan rasa bosan. Maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan Hawa Alayhimassalam sebagai pasangan kepada baginda.

Sudah sunnatullah, menjadi hukum alam, lelaki pasti akan tertarik kepada perempuan, dan perempuan pula pasti akan tertarik dengan lelaki. Kedua-duanya mempunyai kelebihan pada mata pasangan masing-masing. Untuk menyatukan kedua-dua manusia yang berlainan jantina ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan agar dinikahkan agar manusia diikatkan dengan satu ikatan perkahwinan dan bertanggungjawab ke atas pasang masing-masing.


Namun begitu, begitu ramai manusia yang kini suka bercouple sehinggakan melupakan syariat Allah berkenaan dengan batasan antara lelaki dan perempuan.

Kini, budaya bercouple ini bukan hanya berlaku kepada belia, mahasiswa, dan pelajar sekolah menengah, malah sudah berjangkit kepada murid sekolah rendah!

Sekolah tempat belajar. Belajar rajin-rajin sampai berjaya.
Setiap kelas tahun 4 yang saya masuk, pastinya ada kedengaran pelbagai cerita 'suka-suka' mereka dengan kawan berlainan jantina. Dan terbukti selepas saya merampas beberapa buah diari daripada dua-tiga orang murid dan membacanya di hadapan mereka sendiri.

Astaghfirullah al-'adzhim. Tak tahu apa nak kata...

Tinta mencoret: Sekolah tempat belajar, bukan tempat untuk kahwin.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. tu la pasal...
    seluar dalam pun masih mak yang basuhkan...

    ReplyDelete
  2. Mak basuhkan seluar dlm x pe, jgn mak yg belikan seluar dlam.. Syahmi, jemput dtg blog.. ade wat kenduri sikit.. hehe.. ;-)

    ReplyDelete