Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 September 2011

Ayat Buku, Bukan Ayat Ilmu


Qasyful sedang mengulangkaji pelajaran.
Semalam, saya memberi tugasan kepada murid-murid kelas 4 Ibnu Sina.
Hari ini pula, kelas 4 Ibnu Khaldun.

Kedua-dua kelas ini adalah kelas terkehadapan berbanding tiga kelas yang lain; 4 Ibnu Rusyd, 4 Ibnu Bathutah, dan 4 al-Razi.

Apa tugasan yang saya berikan?

Mudah sahaja. Mereka dikehendaki membaca dan memahami tajuk Qalqalah, bermula daripada pengertian Qalqalah itu sendiri, huruf-hurufnya, sehinggalah kepada bahagian-bahagian Qalqalah.

Baca dan FAHAM.

Baca? Kebanyakkan murid di kedua-dua kelas tersebut rasanya tiada masalah untuk membacanya malah mereka mampu untuk menghafal SEBIJIK-SEBIJIK seperti yang ada di dalam buku mereka.

Cuma yang saya risaukan, adakah mereka akan FAHAM apa yang mereka baca?

Sedangkan apa yang saya ajar, mereka terkadang tidak memahami? Hanya mampu menjawab soalan saya SEBIJIK-SEBIJIK seperti ayat buku.

Bila saya spin sedikit soalan, sebahagian besar mereka menjadi pening.

Kadar ghunnah misalnya. Saya menerangkan kepada mereka, kadar ghunnah adalah 2 harakat, tiada kurang, tiada lebih. Mereka mengingati apa yang saya katakan.

Malangnya, bila saya spin soalan, ditanya kadar harakat ghunnah pada hukum Izhar Halqi dan Idgham bila Ghunnah, mereka secara semberono menjawab 2 harakat. Bagus mereka ingat apa yang saya ajarkan, setiap bacaan ghunnah, mesti dibaca 2 harakat.

Namun malangnya, mereka lupa, tidak terdapat bacaan ghunnah pada hukum Izhar Halqi dan Idgham bila Ghunnah. Bagaimanakah mahu dibaca ghunnah dengan kadar dua harakat sedangkan ia tidak dibaca dengan ghunnah?

Itu dahulu. Setelah saya terangkan kepada mereka, baru mereka membetulkan kesilapan mereka.

Kini, saya menguji mereka dengan tugasan terbaru, baca setiap perkara di bawah tajuk Qalqalah, fahamkan, dan kemudian mereka dikehendaki menerangkan kepada rakan sekelas mereka sehinggalah kesemua mereka benar-benar faham akan tajuk tersebut.

Juga AKAN saya selitkan untuk diberikan kepada murid yang memberikan penerangan bertujuan untuk mengukur sejauh mana kefahamannya dalam memberikan penjelasan kepada rakan sekelas.

Penerimaan positif setakat ini walaupun ada sebahagian mereka yang seakan tidak bersetuju dengan tugasan yang saya berikan.

* * * FAHAM? * * *

Kebanyakkan daripada pelajar yang mempelajari pengajian Islam menghafal BULAT-BULAT setiap ayat yang terdapat dalam buku mereka berbanding mereka memahami apa yang mereka pelajari.

Lihatlah. Murid-murid yang mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama di Selangor, kebanyakkan mereka menjawab setiap soalan sebijik-sebijik seperti ayat di dalam buku teks mereka.

Sijil Menengah Agama (SMA) juga, mereka mengkhatamkan muzakirat mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga tidak terkecuali.

Oleh sebab itu, sebuah akhbar arus perdana pernah melaporkan bahawa ramai students pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir tidak menguasai bahasa Arab dengan baik.

Sebab apa?

Sebab mereka menghafal buku, BUKAN MEMAHAMI ILMU.

Dahulu, saya juga tidak terkecuali, menghafal sehingga dua, tiga pagi semata-mata mahu menjawab soalan ujian keesokkan harinya yang 100 peratus berbahasa Arab!

Sekiranya buku yang mereka hadam, bukan ilmu yang difaham, maka tidak lebih seperti mereka belajar hanya kerana peperiksaan, bukan kerana mengejar keberkatan.

والله أعلم بالصواب

Tinta mencoret: Siapa bijak? Yang faham atau yang hafal?

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Bacaan lanjut:
  1. Ujian Buat Ilmu
  2. CGPA 4.00 Hanya Atas Kertas

2 comments:

  1. Erm.. sistem pendidikan hari ini yg mmbuatkan pelajar2 hanya menghafal semata-mata brbanding untuk memahami & mengamalkan ilmu itu trsebut.. SMA & STAM misalnya.. pelajar2 mmg kena menghafal utk score dlm exam sbb mreka x fasih bahasa arab.. Jdi fokus mereka untuk memahami ilmu tersebut dah lari krn terlalu sibuk menghafal.. Hafal2 tpi x paham.. *Sy le tu..

    ReplyDelete