Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 July 2011

Kem Anak Soleh SRABSP 2011


Alhamdulillah, pada 15 dan 16 Julai lepas, SRA Bandar Seri Putra (SRABSP) berjaya mengadakan Kem Anak Soleh yang mensasarkan murid-murid tahun 4 dan 5. Kem ini dikendalikan oleh Biro Ibadah dan Perayaan yang diketuai oleh Ustaz Zulraime bin Minhat.

Saya diamanahkan untuk menjaga kumpulan 6 lelaki yang kebetulan salah seorang daripada ahli kumpulannya adalah Zikry.

"Ustaz ni, asyik-asyik Zikry jer... Tak de orang lain ke?"



30 July 2011

Ashraf Aleesha


Ashraf Hafiz. (sumber gambar)
Bernama hari ini melaporkan bahawa Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu jam 5 pagi tadi.

Ashraf, yang mana terkenal dengan nama Aleesha Farhana sebelum ini menggemparkan rakyat Malaysia khususnya bagi yang beragama Islam kerana dengan beraninya memfailkan permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu setelah berbuat demikian di Thailand dua tahun sudah.

Walau bagaimanapun, permohonannya itu gagal dan ditolak mahkamah pada 18 Julai lalu selepas mengambil kira beberapa faktor seperti kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

29 July 2011

UP2 2011


Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari terakhir Ujian Prestasi Kedua (UP2) di SRA Bandar Seri Putra yang bermula sejak 25 Julai lepas. Saya selaku guru tahun 4  mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian yang diadakan. Kepada mereka mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan berputus asa, usaha lagi. Sesungguhnya keputusan dalam peperiksaan bukanlah ukuran kepandaian ilmu seseorang ataupun dengan tercapainya peratusan yang tinggi membuktikan keberkatan dalam menuntut ilmu, sebaliknya ia merupakan ukuran manusia semata-mata yang tidak terlepas daripada kelemahan. Keberkatan itu dapat diukur (secara kasarnya) dengan pengaplikasian (tak faham?) dan pengamalan ilmu tersebut dan mampu menerangkan kepada orang lain mengenainya.

Selaku guru yang mengajar matapelajaran Tajwid, secara kasarnya, keputusan UP2 kali ini menunjukkan peningkatan. Alhamdulillah, tujuh orang murid 4 ar-Razi berjaya mendapat markah lebih 75%, seorang daripadanya mendapat mumtaz manakala bakinya mendapat jayyid jiddan. Tidak kurang juga kelas kedua akhir, 4 Ibnu Bathutah; tiga orang berjaya mendapat mumtaz dan seorang daripadanya nyaris-nyaris betul kesemua jawapan.

Zikry? Alhamdulillah, salah seorang daripada murid saya yang mendapat jayyid jiddan. Gred jayyid jiddan boleh dianggap tinggi bagi murid yang berada di kelas last dan second last.

28 July 2011

Kaunter Aduan


"Ustaz, masa ustaz kecik-kecik dulu ustaz suka sekolah kebangsaan ke sekolah agama?"
"Saya suka duduk rumah."
"Ala, ustaz. Cakap betul-betul. Ustaz suka sekolah kebangsaan ke sekolah agama?"
"Saya suka duduk rumah, tak suka pergi sekolah."
"Dulu mana ada sekolah agama..." (pulak dah...)
"Weyh, bapak aku dulu sekolah agama." (menafikan apa yang kawannya katakan)
"Cakaplah, ustaz..."
"Ye, saya tak suka pergi sekolah."
"Ayok, ustaz tak suka pergi sekolah."
"Dah kamu tanya masa saya kecik dulu, memang masa saya kecil-kecil dulu saya tak suka pergi sekolah."
"Ustaz, ustaz nak tau tak, cikgu sekolah kebangsaan suka membebellah. Kitorang tak sukalah."
"Saya pun membebel juga masa ngajar kamu semua."
"Tapi ustaz-ustazah sekolah agama mana ada membebel macam cikgu sekolah kebangsaan."
"Tu bukan membebel, tu nasihatlah."
"Tapi tak bestlah. Saya suka cikgu kat sekolah agama."

24 July 2011

Bersih 2.0


"Ustaz, ustaz sokong Bersih tak?"                                         "Bersih?
Kamu nampak tak saya 'bersih' sekarang nih.
Takkan saya nak pakai baju kotor pula..."
"Aaa... Ustaz sokong bersih ye..." (tak faham apa yang ustaznya cakap)

Pening kepala... Itu baru Solah, anak murid dari kelas 4 ar-Razi yang 'memerangkap' saya dengan soalan 'perangkap'. Banyak juga 'terjahan' berkaitan Bersih 2.0 daripada anak murid yang 'menerjah' ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.

Mahu tak mahu, terpaksalah saya mengelat untuk lari daripada menjawab persoalan yang dilontarkan mereka.

* * * INGAT-MENGINGATI * * *

Sesuatu perkara itu pastinya terdapat pro dan kontranya. Begitu juga dengan Bersih 2.0. Persoalannya, perlukah kita menyokong Bersih 2.0 ataupun menentangnya?

19 July 2011

Kem Memuhasabahkan Diri


Setiap program yang saya uruskan, pastinya sukar untuk saya berada pada titik pengakhirannya. Beberapa program yang direncanakan oleh beberapa pihak pernah saya sertai sebelum ini. Antaranya program Kem Bina Ummah yang diadakan di SK Sungai Merab (Luar) pada tahun lepas yang dipimpin oleh Saudara Muhammad bin Suhaimi yang melibatkan murid-murid SK Sungai Merab (Luar).
Kumpulan bawah pimpinan saya ketika Kem Bina Ummah di SK Sungai Merab (Luar).
Kemudian, saya dipelawa untuk terlibat dalam sebuah lagi program yang hampir sama, cumanya kali ini golongan sasarnya adalah pelajar sekolah menengah agama. Encik Khairuddin selaku pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan sahsiah pelajar di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi memanggil bekas pelajar sekolah khususnya pimpinan pelajar untuk membentuk peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada ketua dan pimpinan pelajar agar diterapkan sifat kasih sayang sesama organisasi yang mereka pimpin.


08 July 2011

Denda


"Syahmi, penggunaan 'di' yang mana perlu dijarakkan, yang mana perlu dirapatkaan?"
"Errr..."                            "Di yang mana perlu dirapatkan?"
"..." (blur)
"Dicubit..." (sambil mencubit dipinggang)
"Adoi..."                "Kalau 'dicubit' (sambil cubitan dikuatkan sedikit), perbuatan tu berlaku dekat ke jauh?"
"Dekat, cikgu."
"Jadi, ejaan 'DICUBIT' perlu dieja dengan DE-KAT. Kalau 'di rumah'? Dekat tak rumah kamu dengan sekolah?"
"Jauh cikgu."            "Jadi, ejaan 'di rumah' kena eja dengan JA-UH. Faham?"
"Faham, cikgu."

SK Taman Permata
Lebih kurang begitulah dialog antara saya dengan Cikgu Zalina yang mengajar pelajaran Bahasa Melayu semasa kelas tambahan pada Disember 1999 di SK Taman Permata. Cikgu Zalina adalah guru kelas saya semasa saya darjah 6 Intan di SK Taman Permata pada 2000.

Cubitan Cikgu Zalina ketika itu membuatkan saya mampu mengingat isi pelajaran yang beliau sampaikan, perbezaan antara 'di' yang dirapatkan dan 'di' yang dijarakkan. Begitu juga dengan perbezaan antara 'dari' dan 'daripada', juga 'ke' dan 'kepada'.


03 July 2011

Seminggu Berviva


Viva WVL sudah berkhidmat seminggu. Ke hulu hilir saya memandunya dengan penuh kesyukuran. Belum sampai seminggu, Viva WVL sudah bergerak lebih 1000 kilometer. Not believe it? Believe it.

Bersama 'bini' baru...
Dengan adanya Viva WVL, nampak gayanya saya kena lebih prihatin untuk menunaikan tanggungjawab memeliharanya dengan penuh 'kasih sayang'.