Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 January 2013

Hari Pertama Persekolahan '13

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2013. Seperti yang pernah saya maklumkan pada enty lalu, saya diamanahkan untuk menguruskan kelas 4 Ibnu Khaldun.

Bergambar pada hari terakhir dalam program "Semarakkan Ramadan",tahun lepas.
Empat orang antara mereka ditempatkan di 4 Ibnu Khaldun, kelas jagaan saya.
Tidak seperti tahun-tahun sudah, mereka tidak kekok dengan saya pada hari pertama sekolah sebab mereka seringkali berjumpa dengan saya pada tahun lepas kerana saya beberapa kali diarahkan untuk menggantikan guru tahun 3 sesi pagi yang tidak dapat hadir atas kerana diarah bertugas di luar sekolah.

Sebab itu ada penjaga yang boleh describe saya, mungkin sebab mereka kerap menceritakan perihal saya kepada ibu atau ayah mereka.

Hahaha... Disebalik kekerasan, ada kelembutan.
Bukan 'lembut' aw, aw tau!
Cuma murid perempuan masih 'menyimpan emas di dalam mulut mereka'. Tak mengapalah. Baru hari pertama sekolah. Lama-lama nanti, serasilah kot.

Ditakdirkan, beberapa orang anak kepada orang kuat PIBG berada dalam 4 Ibnu Khaldun. Salah seorangnya adalah anak kepada Naib Yang Dipertua PIBG. Adus... Nak buat macam mana, terimalah. Bukan takut kepada mereka, tetapi saya rasa segan bila berhadapan dengan mereka yang gigih menyumbangkan jasa kepada sekolah melalui PIBG sedangkan saya pula tidak seberapa dalam menyampaikan ilmu kepada anak mereka.

Lihatlah kepada projek 'Gajah Menyusu' yang menjadi projek PIBG bagi tahun 2013, tetapi belum masuk 2013, bumbung sudah siap dipasang. Hanya fasa terakhir daripada tiga fasa dalam projek tersebut sahaja yang belum terbina.
Sekolah dalam Majalah Asuh keluaran Januari 2013.
Tengok tajuk kecil: "Bina 200 Meter Laluan Pejalan Kaki".
Eh, kereta saya masuk dalam gambar.
Saja nak tunjuk gambar ni. Saya yang duduk kedua dari kiri.
Untuk makluman, saya bukan guru sesi pagi. Saje menyibuk dalam gambar ni.
Beli tau, ada dalam muka surat 39.
Pejalan kaki yang mula dibina pada pertengahan bulan Disember lalu.
Kini sudah dua fasa siap. Fasa ketiga sahaja yang belum bermula.
PIBG di sini sememangnya aktif bergerak. Mereka benar-benar mengambil berat dalam setiap aspek demi untuk memberikan yang terbaik kepada warga sekolah, baik kepada guru, juga kepada murid yang belajar di sini.

Usaha mereka yang begitu bersungguh-sungguh membantu sekolah membuatkan saya seperti sebutir pasir, bagai tidak melakarkan apa-apa jasa, khususnya buat anak-anak mereka. Mungkin sebab inilah, saya berasa segan bila berhadapan dengan mereka, juga anak-anak mereka.

Walaupun segan, tugas perlu dijalankan. Perlu ditanam dalam diri supaya dapat berusaha dengan lebih gigih untuk memberikan kefahaman kepada anak-anak mereka sebagaimana gigihnya mereka membantu membangunkan prasarana dan menyokong setiap aktiviti pihak sekolah.

Walaupun begitu, hati saya masih lagi rindu dengan kelas 4 Ibnu Bathutah, kelas jagaan saya tahun lepas.
Masih rindu dengan mereka.

Tinta mencoret: Welcome to 4 Ibnu Bathutah, ops, Khaldun.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

8 comments:

  1. PIBG kat kawasan ni mmg bagus2....berbeda tul dgn di kampung2...mungkin sebab latar belakang kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa mungkin sebab latar belakang keluarga menyebabkan PIBG di kawasan kampung-kampung kurang memberikan komitmen dalam membangunkan sekolah dan memajukan pendidikan anak-anak mereka.

      walaupun begitu, mereka tetap menitik beratkan akhlak anak-anak ketika menuntut ilmu yang mana perkara ini kurang (ada, tapi tak banyak) berlaku di sekolah bandar.

      Delete
  2. biasanya di kg PIBGNya lebih perihatin n cikgu2 pn mendapat kerjasama dr ibubapa brbanding sk dibandar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...agaknya tengok tempat kot... sekolah lama saya yang berada di kampung, PIBG nya kurang aktif berbanding sekolah saya sekarang.

      Delete
  3. sory dik akak nk komen sikit ttg kotak komentar ni..boleh tak syahmi guna kotak komen tanpa perlu masukkan nombor kod pengesahan tu....trkdg nombor n huruf xberapa jelas la dik.....huhuhu...maaf ye sbb akak komen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, nnti saya buang. saya letak tu sebab sebelum ni banyak sangat spam yang masuk...

      Delete
  4. Replies
    1. Ini baru sebahagian kecil.

      Yang lain 'tak muat' nak masuk kat sini... ^_^

      Delete