Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

05 March 2013

Selepas AGM PIBG 2013

Keceriaan pada wajah mereka menjadi ubat yang paling mujarab bagi saya.
Alhamdulillah, kesibukan yang melanda selama beberapa minggu kebelakangan ini semakin berkurangan. Kini, hanya tinggal kerja yang berkaitan dengan Ujian Prestasi 1 yang baru sahaja selesai semalam (5 Mac 2013).

Seperti yang pernah saya beritahu dalam entry terdahulu, tugasan saya masih bertimbun, mungkin sehingga selesai Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon 2 Sepang yang dijadualkan pada 23 Mac 2013. Cumanya, tidak seteruk sebelum ini. Tugasan kini adalah menanda kertas bagi mata pelajaran Tajwid sebanyak 5 kelas.

Esok pula (Khamis, 7 Mac 2013) akan diadakan ujian tilawah dan hafazan kumpulan A tahun 4. Saya bersama Ustazah Hafizah, Ustazah Adibah, dan Ustazah Roslaini akan menjadi panel pendengar bagi ujian tersebut. Wah, macam ujibakat program realiti pula rasanya. Dan ujian ini akan berlanjutan selama 2 hari.

Jumaat pula (8 Mac 2013), diadakan program untuk tahun 6, entah apa namanya, lupa pula. Sekali lagi, saya diamanahkan untuk menguruskan bahagian teknikal. Seperti tahun-tahun sudah, program ini menjemput ibu bapa murid tahun 6 bagi menerangkan kepentingan PSRA kepada mereka. Maklum sahajalah, mereka hanya nampak UPSR dan mengkesampingkan PSRA, tidak nampak kepentingannya. Bila anak mereka berjaya dalam UPSR, tidak berjaya pula menempatkan diri di SBP disebabkan rakannya yang sama cemerlang, tetapi turut cemerlang dalam PSRA. Bukan ke dah rugi di situ.

Hari minggu, seperti biasa, berkelas tambahan, cuma ahlinya ada sedikit perubahan. Solah tidak dapat meneruskan pembelajaran atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Wan Aqif Aiman pula mengajak Azhari untuk sama-sama mentelaah. Hakimin yang baru tahun 5 hadir bersendirian tanpa teman sedarjah dengannya.Wan Aqif Aiman dan Azhari meneruskan pembelajaran dalam pelajaran berkaitan dengan PSRA manakala Hakimin lebih menumpukan pada ulangkaji pelajaran UPSR.

Masih dalam mode kalut dan kabut.

Macam biasa, kalau tak ada idea untuk mengemaskini blog, saya akan mengepilkan beberapa gambar yang molek dikongsi sepanjang minggu yang kalut dan kabut ini.
Mesyuarat AJK PIBG yang terakhir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Keempat pada 2 Mac 2013 (Sabtu).
Bersiap sedia dengan persiapan pada awal pagi AGM PIBG.
Cantik gambar yang diambil Wan Aqif Aiman ni. Kami dalam perjalanan ke walimah sahabat baik saya, Shareezuan di Setiawangsa. Maaf kerana terlewat sampai.
Menjamu sedikit juadah di walimah Shareezuan. Semua dah pakat balik, baru saya sampai. Tu yang nampak lengang je dewannya.
Aiman dan Hariz Syahmi sedang leka mengulangkaji pelajaran.
Shafiq sedang menjawab soalan. Saya suka cara dia setiap kali menjawab soalan, baik latihan dalam kelas mahupun ujian. Hasil jawapannya menarik kerana berwarna-warni.
Ni mesti Wan Aqif Aiman yang snap gambar saya masa saya sedang menampal peta minda. Untuk makluman, semua peta minda yang terdapat dalam gambar ini dihasilkan sendiri oleh murid 4 Ibnu Khaldun, murid seliaan saya.
Bergambar pada hari terakhir ujian. Sebahagian daripada hero saya dalam 4 Ibnu Khaldun.
Dari kiri: Putera Shah, Aqil, saya selaku mentor mereka, Amirul Hakim, dan Taufiq
Ops, sebelum terlupa, marilah kita sama-sama memanjatkan doa memohon keselamatan dan kemenangan buat pasukan keselamatan kita yang bertungkus-lumus membenteras pencerobohan di Lahad Datu. Dengar cerita mereka sedang bertempur habis-habisan dengan puak penceroboh. Hanya khabar angin yang belum pasti kesahihannya.

Tinta mencoret: Bak kata Labu, "Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja, kerja!"

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. awal jugak mesyuarat Agung PIBG kt sk syahmi ye...SK akak biasanya bln april baru buat...
    kreatif la syafiq nie..sempat pula tukar pelbagai warna..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal, sebab YDP PIBG nak menyelesaikan beberapa projek untuk pembangunan sekolah.

      Shafiq tu memang kreatif tangannya, dan mulutnya juga... hehehe...

      Delete