Bila sampah dijual semahal permata, tatkala itulah nilai sebutir jauhari bagai pasir yang bertaburan di tepian pantai. Bukanlah diri ini benar-benar layak membicarakannya, cuma setidak-tidaknya, ingatlah Tuhan yang sentiasa memerhatikan tindak-tanduk kita. Yang membeli pula buta tiada yang memimpinnya. Jika mereka mengatakan ia manikam, maka dianggukkan sahaja tanpa cuba merasai permukaannya sama ada benar ataupun tidak.Itulah lumrah dunia. Media semakin hari semakin melaporkan pelbagai berita dan kebanyakkannya hanyalah tohmahan semata-mata.
Agaknya Tuhan berada di dalam poket seluar mereka kot... 'Mungkin'...





