Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

26 November 2009

Tatkala Hampas Dibeli Semahal Manikam

Bila sampah dijual semahal permata, tatkala itulah nilai sebutir jauhari bagai pasir yang bertaburan di tepian pantai. Bukanlah diri ini benar-benar layak membicarakannya, cuma setidak-tidaknya, ingatlah Tuhan yang sentiasa memerhatikan tindak-tanduk kita. Yang membeli pula buta tiada yang memimpinnya. Jika mereka mengatakan ia manikam, maka dianggukkan sahaja tanpa cuba merasai permukaannya sama ada benar ataupun tidak.

Itulah lumrah dunia. Media semakin hari semakin melaporkan pelbagai berita dan kebanyakkannya hanyalah tohmahan semata-mata.

Agaknya Tuhan berada di dalam poket seluar mereka kot... 'Mungkin'...

18 November 2009

GMS: Hak dan Penindasan

Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang mengadakan demo membantah yuran KUIS yang dikatakan mahal dua minggu sudah memecah tempurung kongkongan mahasiswa KUIS yang selama ini terkenal dengan sifat kurang mengambil tahu dan tidak berminat tehadap pelbagai program dan acara yang diadakan.

Ini kali pertama mahasiswa turun sendiri bersatu hati mendokong satu usaha yang pada saya boleh dianggap 'murni'. Yang kaya, yang mendapat potongan yuran pun turut sama-sama memberikan satu sokongan buat gerakan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai GMS.

Tahniahlah saya ucapkan. Melalui demo yang diadakan ini seharusnya kedua-dua pihak meneruskan perbincangan yang ilmiah dan mencari jalan yang terbaik untuk kebaikan masa depan mahasiswa yang dikatakan dibebani masalah kenaikan yuran yang melampau.

Pada saya, kedua-dua belah pihak mempunyai sebab yang kukuh untuk mempertahankan tindakan masing-masing dan tiada siapa patut dipersalahkan buat masa sekarang.

16 November 2009

'Kabom'nya Sebuah Bas

Macam-macam yang berlaku akhir seminggu dua ini. Bermula dengan masalah kampus seperti demo oleh Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) hinggalah ke peringkat nasional. Saya tetap saya, insya-Allah, beginilah saya selagi mana Allah menetapkan hati dan pendirian saya. Sesuatu isu yang berlaku, seboleh-bolehnya saya akan meneliti terlebih dahulu daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan. Sekiranya keputusan itu masih berat sebelah, mungkin itu kelemahan saya sebagai seorang hamba Allah.

Isu GMS mungkin saya akan ulas dua tiga hari lagi, insya-Allah.

10 November 2009

Kalau Dah Namanya Agensi Kerajaan...


Kalau dah namanya agensi kerajaan, macam itulah perangainya. Walaupun pelbagai cara dan tindakan dibuat daripada pihak kerajaan, khususnya daripada Jabatan Perdana Menteri, selagi ia bergelar sebuah badan yang bersangkut-paut dengan kerajaan, selagi itulah pasti tiada secubis senyuman yang terukir di raut wajah yang ayu.

Sila rujuk pada tulisan saya sebelum ini (sila klik di sini).

Sebelum itu, saya lakarkan lirik lagu yang sepatutnya menjadi satu budaya dan amalan kita sebagai rakyat Malaysia yang 'katanya' terkenal dengan budi bahasa.
Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kautersenyum Kutersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan

Wallahu a'lam
, saya tidaklah tahu tajuk lagu ini, cuma telah hafal sejak di bangku sekolah lagi...

Ceritanya bermula di sini...

06 November 2009

Terbaring Di Lorong Gajah Part 2

Takdir Allah melampaui segala-galanya. Orang yang diharapkan sembuh, didoakan buatnya semoga kembali bertenaga, kini pergi meninggalkankan kami semua.

Haji Shaharuddin Md. Yunus yang berperang dengan penyakit yang telah lama dihidapinya kini tersungkuh rebah untuk pergi bertemu Yang Maha Esa. Pemergiannya merupakan satu kehilangan buat anak-anak Allahyarham Yunus yang kini hanya tinggal 6 orang setelah 4 daripadanya telah pergi meninggalkan dunia.

Terbaring Di Lorong Gajah Part 1

03 November 2009

Antara Kuliah dan Tauliah


قال الله سبعانه وتعالى في كتابه العزيز
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَـٰجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَآ إِلاَّ خَآئِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الأخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
صدق الله العظيم

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
AQ 2:114

01 November 2009

Karnival Kompleks Kejiranan 2009

Bergambar dengan Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor