Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 February 2012

Bawaku Pergi


Lagu ni saya dah dengan dua tiga kali di Hot FM, dan menarik perhatian saya. Rentaknya memang saya suka. Entahlah, jiwa muda kot... Orang tua mungkin tak minat lagu ni.

Lagu ini dinyanyikan oleh Kaka yang digandingkan dengan Zizan bertajuk "Bawaku Pergi".

Zizan bergandingan dengan Kaka dalam "Bawaku Pergi".
Bagi siapa yang belum pernah dengar lagu ni, atau yang suka layan nasyid, elok dengar dulu lagu ni, sebab entry kali ini ada kait-mengait dengan lirik lagu ini.


Best tak? Masing-masing ada citarasa yang tersendiri. Mungkin ada yang kata best, ada juga yang menyanggahnya. Tapi, saya tak mahu mengulas tentang best ataupun tidak.

Sedar ataupun tidak, lagu ni mempunyai unsur-unsur yang mengajak kepada kita agar melawan kedua orang tua kita.

"Eh, ye ke...?"
"Ya."

Lihat kepada lirik lagu ini.

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita tak perlu kembali

Nampak ke tidak? Memang lagu ini mengajak anak-anak muda khususnya anak dara agar membuat keputusan tentang satu perkara yang paling penting dalam hidup tanpa mengambil kira redha ibu bapa. Keputusan berkenaan dengan apa? Berkenaan dengan PERKAHWINAN.




Kita perhalusi satu-persatu liriknya.

Bawa aku pergi. Pacu laju-laju kita lari dari realiti
Bawa aku pergi. Pacu laju lagi. Malah kita tak perlu kembali


Ha...? Si dara mengajak si teruna agar lari dari pemerhatian ibu bapa mereka, lari dari keluarga. Atas dasar apa? Atas dasar cinta mereka berdua. Mereka mengetepikan kedua ibu bapa mereka dalam membuat keputusan. Lebih teruk, mereka tidak menghiraukan keredhaan kedua ibu bapa mereka yang mana ia merupakan kunci kebahagiaan dalam rumah tangga!

Tengah malam nanti tolong jangan lupa, jangan mungkir janji.
Aku dah teruja, sudah cukup lama aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang, hidup sungguh sepi.
Tolong jangan bilang mama, tolong jangan bilang papa.
Malah jangan bilang teman karibmu.
Jangan bilang sesiapa...

Ooo... Nak lari waktu malam ye... Teruja la konon bila dapat bersama si teruna...? Lari senyap-senyap tanpa memikirkan langsung perasaan mak bapa tatkala mereka sedar anak dara mereka hilang lari dengan orang yang tidak direstuinya.

Oh, buku merah jangan lupa bawa.
Moga-moga belum tamat tempoh.
Kali ini kita pergi lebih lama.

Pergi lebih jauh, ayuh

Firstly, saya nak tanya, apa tu buku merah? Bagi yang tak tahu, sila lihat gambar di bawah.

Inilah 'buku merah' saya.
Dah tahu bukan? Itulah passport. Apa guna passport? Gunanya untuk keluar negara. Apa motif mereka ke luar negara? Apa lagi, nikah kat sempadan Siam...

Mata dalam kaca, topi berceloreng.
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng.
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng.
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng.
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng.
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng.
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng.
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng.

Dah, nak tunjuk cara-cara diorang lari dari rumah, lompat dari lotenglah, seolah-olah menunjukkan ibu bapa si dara ni bersifat memenjara 'hati'nya. Hero tu tentulah si teruna tu, hero bagi si daralah. Pada mata si ibu dan ayah, teruna itulah yang merosakkan akhlak si dara sehinggakan sanggup mengetepikan orang yang melahir dan membesarkannya.

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga.
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba.
Lari-lari baling bola salji depan gua.
Sambil cari yeti kita boleh cari... (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga.
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba.
Lari-lari baling bola salji depan gua.
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga.

Ni kononnya mereka mahu membina mahligai bersama-sama atas dasar cinta 'agung' mereka. Kononnya juga mereka sanggup susah-payah bersama, hidup mati bersama. Sehinggalah mereka mencapai 'syuga', mungkin maksudnya 'kebahagiaan' hidup bersama. Kalau syurga di Akhirat, of course la tak mungkin, sebab melukai hati kedua ibu bapa mereka dengan cara lari dari rumah dan bernikah dengan pemuda yang tidak direstui. Tapi, kalu 'syurga dunia' yang berupa kebahagian hidup bersama juga belum tentu, sebab mereka mengetepikan peranan ibu bapa mereka dalam si dara memilih pasangan hidup. So, syurga mana yang dimaksudkan pun saya tak tahulah...

Bila kita pergi, apa kan berlaku.
Siapa kan peduli, siapa ambil tahu.
Hidup kita tempuh untuk apa saja.
Tidak kira mana kembara membawa.
Kita kan bersama.

Sumber
Siapa kata tak ada siapa yang ambil peduli? Ingat lagikah terhadap kes anak dara yang berkahwin dengan lelaki dari Lombok sebelum ini? Bukan sekali dua terjadi, tetapi sudah banyak kes yang dilaporkan.

Sumber
Sumber
Sumber
Lihat sahajalah muka mak ayah yang sedih, terpaksa tebalkan muka menagih simpati orang ramai agar mencari semula anak dara mereka yang dilarikan orang. Dilarikan di sini bukan bermaksud dicolek, tetapi lari bersama secara sukarela.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Istilah "Uffin" (أف) dalam ayat di atas merujuk kepada seringan-ringan ayat bantahan terhadap kedua ibu bapa seperti "ah" yang selalu kita ungkapkan. Jika seringan-ringan perkataan pun kita dilarang, apatah lagi membuatkan mereka risaukan kita.

Siapa yang rasa nak pulau mak ayah, elok tengok drama ini.


Entahlah.
But I really like this song. Seriously...

Tinta berdakwat: Memang si dara tak hengat Allah tatkala melarikan diri bersama si teruna...

10 comments:

  1. ini nada sindiran sebenarnya. Mungkin boleh baca mengenai reverse psychology.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Reverse_psychology

    ReplyDelete
  2. ini nada sindiran sebenarnya. Mungkin boleh baca mengenai reverse psychology.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Reverse_psychology

    ReplyDelete
  3. mungkin, tapi terlalu direct liriknya...

    klu betul penulis lirik menyindir...

    ReplyDelete
  4. lagu pon sedap didengar tp menyeleweng ckit pulak...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Syahmi

    kalau betul lrik ini bertujuan utk membawa anak dara lari
    tak ke lagu ini mengajar anak2 muda sekarang perkara yg tak eluk

    saya ingatkan mula2 tadi mereka ingin menuju jalan yg lurus/berqiam

    buku merah...kehidupan
    tamat tempuh...mati
    pergi lebih lama/lebih jauh...mendalami agama

    penulis lirik yg lebih mengetahui

    ReplyDelete
  6. boleh x nak share entry ni.. i will credid to u,, inform me k if awak bg izin, tq :)

    ReplyDelete
  7. X rasa yang lagu ni berbentuk sindiran. Kalau betul nak sindir, buat lagu pasal kepedihan hidup lepas kawin lari.

    ReplyDelete