Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

23 November 2012

23 Campur 1

Eh, dah baca entry saya kelmarin bertajuk Akhlak Jari Hantu? Kalau belum baca, eloklah baca dulu ye...

23 November adalah satu tarikh yang begitu sinonim dengan diri saya.

Juga tarikh tersebut menjadikan diri saya semakin banyak dilontarkan dengan persoalan yang paling kurang gemar untuk dijawab, berkaitan mendirikan 'masjid'.

"Ha, kenapa dengan tarikh tu...?"

Hehehe, tentulah itu tarikh kelahiran saya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan ucapan. Tapi rasa-rasanya yang betul-betul ingat hanya beberapa kerat je, yang lain semua ingat atas bantuan Pak Cik Facebook.


Sehingga jam 10.30 malam, saya menerima lebih 70 ucapan daripada pelbagai pihak melalui pelbagai medium.

Juga, saya terima ucapan hari jadi daripada YB ni.

Ucapan daripada YB Dato' Seri Mohd Zin, Ahli Parlimen Sepang.
Mana dia tau birthday saya ek...?

YB BN dah bagi, YB PR bila pula nak bagi? Selalunya saya terima ucapan daripada YB PR. Agaknya YB PR tak tahu kot hari ni hari jadi saya. Sangka baik, itu lebih baik.

Tengah-tengah taip entry ni, masih ada yang wish.

Terima kasihlah semua. Semoga Allah menambahkan rahmat ke atas anda semua, Amin.

Ucapan Fitri yang paling kreatif dalam banyak-banyak ucapan.

Tinta mencoret: Umur dah meningkat, bila lagi nak menimang cahaya mata dan cahaya hati? Hehehe...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Entry berkaitan hari jadi saya tahun-tahun sudah:
  1. 2011
  2. 2010
  3. 2008

2 comments: