Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

28 December 2011

Jangkitan Kuman


Fever on and off. Itulah yang doktor katakan.

Best ke demam...?
Semenjak, dua menjak sehinggalah bermenjak-menjak kebelakangan ni, saya sering kali demam, tapi demam main-main, sekejap demam, lepas lima-enam jam, demam pun kebah. Lepas dua tiga hari, demam datang balik.

Semalam, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, badan saya kembali demam. Masa tengah driving, demam datang menyerang. Sampai rumah, terpaksalah terus rehatkan diri, makan pun tiada selera.

Hari ni, sebelum mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 10 pagi, saya ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Setelah dianalisa darah, doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darah. Itu sebab saya kerap demam sebagai satu isyarat daripada badan berkenaan jangkitan tersebut.

Dan hari ini, saya mendapat pelepasan daripada klinik kesihatan untuk berehat, ala, dapat MC.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan jangkitan kuman dalam darah, saya suka bertanyakan kepada Lebai Google. Namun, jawapan yang saya terima terlalu banyak.

Penerangan yang doktor berikan pagi tadi terlampau umum, hanya diberitahu terdapat jangkitan kuman dalam darah. Tidak dinyatakan secara spesifik tentang jangkitan tersebut.
Rawat elok-elok ya, doktor...
Mudah-mudahan jangkitan tersebut bukanlah jangkitan yang serius.
Mudah-mudahan Allah menyembuhkan daku daripada jangkitan ini.

Namun sekiranya selepas habis kapsul antibiotik, demam dan rasa sakit masih terasa, mungkin saya akan diperiksa sekali lagi, dan mungkin juga ditahan di wad.

Risau kalau kena tahan wad...

Tinta mencoret: Sakit itu kaffarah daripada Allah, mencuci dosa yang kerap kita lakukan masa sihat.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

2 comments:

  1. Salam..nak tnye..cmne nk sempuhkn pnyakit tuh,,mak saya baru di beritahu doktor..terdapat jangkitan kuman dlm darah die..plzzz tlg saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa `alaykumussalam. Maaf, saya pun kurang pasti sebab lepas saya buat pemeriksaan kesihatan, demam saya pun beransur kebah. Jadi, saya tidak buat pemeriksaan lanjutan.

      Maaf sangat-sangat. Mungkin boleh dirujuk kepada doktor pakar.

      Delete