Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 October 2008

Sosial Contract

Baru-baru ini, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ada mencadangkan satu matapelajaran baru perlu diwujudkan untuk memberikan satu pemahaman kepada generasi muda mengenai sosial contract. Saranan ini kemudiannya disambut baik dua tiga daripada barisan menteri persekutuan dan berharap ia dapat diwujudkan segera.

Pada sayalah, saya sendiri tidak memahami apakah itu sosial contract yang menjadi bual bicara pihak media selepas 8 Mac. Pada sayalah, hak ekslusif kaum Melayu dan bumiputra sememangnya sudah diiktiraf dan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Mengapa perlu dibincangkan lagi? Sekiranya perkara itu tidak cuba digubal parlimen, selagi itu ia dijamin Perlembagaan.

Saya sendiri tidak bersetuju apabila ia cuba disentuh kerana ia adalah hak kaum Melayu dan telah dipersetujui oleh 'ketua-ketua' kaum-kaum lain ketika merangka Perlembagaan sebelum kemerdekaan dahulu. Jadi, ia juga 'persetujuan' oleh semua pihak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan ia diteruskan ketika ditubuhkan Persekutuan Malaysia.

Mereka menyatakan bahawa mereka dilayan dengan tidak adil sekiranya sosial contract ini terus dilaksanakan. Persoalannya, bahagian manakah yang dinyatakan tidak adil itu? Adakah mereka dilarang daripada menuntut ilmu? Adakah mereka dilarang bekerja dan memperoleh jawatan tinggi? Adakah mereka diasingkan daripada menikmati arus kemajuan? Adakah mereka...?

Saya bukanlah seorang yang racist yang sengaja menimbulkan perkara ini. Tetapi jangan cuba diusing perkara-perkara sensitif yang boleh meninggalkan parut dalam perasaan orang-orang Melayu dan Bumiputra lain.

Contohnya gagasan Malaysian Malaysia yang dilaung-laungkan sesetengah pihak. Adakah mereka yang bukan Melayu dan Bumiputra bukan orang Malaysia? Mereka juga warganegara Malaysia. Mereka juga dijamin dalam Perlembagaan. Mengapa perlu lagi gagasan itu? Adakah Malaysia ini khusus untuk orang Melayu dan kaum Bumiputra sahaja?

Orang Cina, sekiranya mereka berasa ditindas, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan untuk menjadi warganegara negara China yang jauh lebih hebat daripada Malaysia. Mustahil China menolak permohonan mereka yang sebangsa. Juga India. Mereka juga boleh meminta pertolongan daripada India sebagaimana yang dibuat Hindraf. Kalau orang Melayu? Orang Bumiputra Sabah dan Sarawak? Di manakah bantuan yang diharapkan? Daripada Brunei, tanah sekangkang kera? Daripada Indonesia yang kucar-kacir? Daripada selatan Thai dan selatan Filipina yang sememangnya dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kuasa autonomi? Inilah tanah asal kaum Bumiputra, juga orang Melayu.

Konklusinya senang. Kita hidup di Malaysia ini, hormati satu sama lain. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan itu dan ini bertujuan mengelakkan persengketaan kita kemudian hari. Jangan cuba diubah apa-apa. Non-bumiputra bebas merayau di dalam Malaysia, cumanya jangan diusik adat-adat dan perkara-perkara yang melibatkan kuasa Raja-raja Melayu, itu sahaja. Mereka lambang daulatnya negara kita, negara Malaysia yang dicintai.


Tinta mencoret: Raja tonggak kedaulatan Malaysia. Kalau bidang kuasa Raja-raja pun cuba dikacau, bagaimana Malaysia akan aman? Kalau nak berpolitik pun, jangan sampai diganggu peranan Raja-raja. Tinta pantang benar kalau Raja-raja dicemari keinginan mereka ini. Berpolitiklah, berdaganglah, bekerjalah, belajarlah dan sebagainya tetapi jangan cuba diusing mengenai hak orang Melayu yang juga dibawah payungan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.

21 October 2008

Malaysia Negara Islam ke?

Di mata dunia, Malaysia dicanang-canangkan sebagai sebuah 'negara Islam contoh' dan sepatutnya dijadikan sebagai role model oleh negara-negara Islam lain. Pemacuan ekonominya yang stabil dan meningkat, sifatnya yang terbuka dalam banyak perkara, dan pembangunan yang tidak henti-henti.

Benarkah?

Malaysia negara Islam contoh?

Saya mungkin akan katakan ya sekiranya perkataan Islam itu dibuang tetapi akan mengatakan tidak pada ungkapan itu.

Mengapa tidak? Bukankah kita memilik bangunan berkembar tertinggi di dunia, Petronas Twin Tower, SMART Tunnel yang dikagumi dunia, Masjid Kristal dengan Taman Tamadun Islamnya, Jambatan Pulau Pinang. Bukankah kita juga yang mengasaskan OIC pada zaman Tunku dahulu, memperkenal konsep Islam Hadhari, mengajurkan Moonsun Cup, F1, dan Musabaqah al-Quran Antarabangsa, sebagai tuan rumah kepada pelbagai persidangan antarabangsa, NGO, badan-badan korporat dan sebagainya. Tidakkah ia cukup membuktikan negara kita sebagai sebuah negara Islam contoh?

Tidak sama sekali!

Kita lihat kepada konteks perlaksanaan Islam itu sendiri. Adakah kesyumulan Islam itu melitupi seluruh Malaysia? Tidak.

Islam mengharamkan arak.
Tidak dinafikan adat kaum lain yang menggunakan arak dalam hidangan mereka. Tetapi adakah ia kawal daripada digunakan oleh umat Islam? Tidak.Nampakkah penghayatan Islam dalam isu ini? Tidak. Contohnya jelas di depan mata. Kilang arak yang besar di tepi Federal Highway (kilang arak Anchor dan Carlberg) di Shah Alam. Tidakkah cukup sekiranya hanya dibenarkan sebuah kilang sahaja? Arak boleh diperoleh di kedai serbaneka 24 jam dan pasaraya besar dan dijual secara terang-terangan tanpa larangan membelinya. Adakah pihak pengurusan kedai dan pasaraya terbabit melarang keras umat Islam membelinya? Tidak. Kesimpulannya, arak masih lagi boleh diminum oleh masyarakat Muslim

Islam mengharamkan judi.
Setakat saya tahu, tiada satu pun agama yang menggalakkan perjudian. Oleh itu, apakah alasan yang membolehkan kita membenarkan beroperasinya kedai judi dan nombor ekor? Sesiapa sahaja boleh berjudi dan menikam nombor. Walaupun jabatan agama selalu membuat serbuan tetapi ia tidaklah menyeluruh kerana pelbagai faktor. Contohnya pun jelas. Nun di atas bukit di Pahang (dari timur laut KL boleh dilihat jelas kompleks judi ini). Tidak cukup dengan satu 'kompleks judi besar', dibenarkan juga 'cawangan-cawangan kecil' judi beroperasi di seluruh negara! Kesimpulannya, masyarakat Islam masih boleh membeli judi walaupun 5 peratus daripada mereka ditangkap pegawai agama.

Islam melarang berlaku zalim dan tidak adil sesama makhluk.
Adilkah kita? Dalam banyak hal, memang kita nampak 'adil' tetapi sebenarnya tidak. Mengapa seorang ahli politik daripada parti kerajaan tidak dikenakan tindakan polis kerana mencetuskan ketegangan kaum tetapi dikenakan ISA terhadap ahli politik pembangkang, blogger yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan media? Adakah ia adil? Adilkah kita sekiranya 'mengongkong' media daripada menyiarkan berita-berita daripada pihak yang tidak sehaluan dengan kita? Adakah ia adil? Adilkah kita membina sebuah masjid yang berkilauan di salah sebuah negeri miskin di negara kita? Adakah ia adil? Adilkah kita sekiranya merampas hak kekayaan sesebuah kawasan yang dhaif? Adakah ia adil? Adilkah kita sekiranya menahan individu selama bertahun-tahun lamanya tanpa dibuktikan mereka bersalah? Adakah ia adil? Kesimpulannya, fikir sendirilah, adil ataupun tidak.

Islam melarang mengaibkan seseorang.
Untuk mendapatkan kuasa, sesetengah pihak sanggup mengaibkan lawannya dengan pelbagai tuduhan liar yang tidak lagi dibuktikan kebenarannya. Termasuklah tuduhan terhadap lawannya yang menghadapi pertuduhan mahkamah. Sekiranya benar lawannya melakukan perkara yang begitu mengaibkan, adakah kita berhak menghebahkannya kepada masyarakat umum? Masyarakat umum hanya perlu mengetahui tahap keimanan seseorang dan kebolehannya memimpin negara sebagai maklumat untuk mereka memilih pemimpin mereka, bukannya aib individu tersebut. Bukan sekadar ahli politik sahaja, pegawai agama turut mengaibkan ahli maksiat dengan mendedahkan kepada umum wajah-wajah mereka yang ditahan dalam serbuan. Kita tidak boleh mengaibkan mereka sebegitu kerana mereka belum diputuskan mahkamah bahawa mereka bersalah. Mereka tetap memiliki maruah walaupun mereka melakukan maksiat. Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, percayalah Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak. Kesimpulannya, adakah pasti maruah kita dijaga dan tidak akan diaibkan? Saya tidak berasa demikian.

Islam melarang program berunsurkan kemungkaran.
Tidak dinafikan banyaknya program dakwah di Malaysia tetapi ia tidak dapat menandingi program dan fiesta maksiat yang 1000% lebih banyak daripada yang baik. Hanya satu program makruf atau dakwah yang kecil dalam sepuluh pesta maksiat yang berganda hebatnya. Adakah ia dapat menyemai kesyumulan Islam itu? Tidak. Lihatlah. Tidak putus-putus program realiti hiburan yang akhirnya melahirkan lebih banyak 'anak-anak didikan syaitan' dan bersama mereka meninggikan 'syiar' kemaksiatan. Sifat universal Islam itu sendiri malap apabila program-program hiburan dan kesenian itu tidak ditiupkan ruh Islam dan hanya mengikut hawa nafsu semata-mata. Akibatnya, timbullah budaya pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang turut menyebabkan lahirnya anak luar nikah. Tidakkah kita berasa bersalah membiarkan aktiviti maksiat mengiring kehidupan seharian kita? Kesimpulannya, Malaysia mengamalkan amar makruf wa munkar (menyuruh kepada kebaikan dan kemungkaran).

Apa yang saya coretkan hanyalah secoret asas-asas dalam Islam itu sendiri, tanpa melangkah kepada perkara yang lebih berat seperti hudud dan perjalanan siasah yang lebih bersih. Kita sendirilah yang menilai sama ada Malaysia sebagai negara Islam yang boleh dijadikan role model kepada negara Islam yang lain ataupun tidak.

والله أعـــــــــــــــلـــــــــــم بالصــــــــــواب

Tinta mencoret: Bak kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri." Malas nak ulas banyak-banyak, nanti kena 'gam'. Kita sama-samalah baiki keadaan yang 'nazak' ini dengan menggantikannya dengan sinar Islam agar negara kita dapat menjadi seperti apa yang kita canang-canangkan selama ini, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

17 October 2008

Sepetang di Klinik Kesihatan

Semalam saya membuat pemeriksaan telinga di Klinik Kesihatan AU2 di Taman Keramat. Asalnya, saya pergi ke klinik pada waktu pagi tetapi saya diberitahu ibu saya, kebiasaannya lebih ramai orang ke klinik kerajaan pada waktu pagi berbanding petang. Saya turutkan kata-katanya dan pergi membuat pemeriksaan pada sebelah petang.

Saya tiba sekitar 2.15 petang dan mengambil nombor untuk pendaftaran. Janggal juga rasanya membuat pemeriksaan kerana kali terakhir ialah sebelum saya masuk ke kolej untuk membuat pemeriksaan kesihatan manakala kali terakhir mendapatkan rawatan pada awal 2006 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tetapi, kedua-duanya di klinik swasta, bukannya di klinik kerajaan. Setahu saya, sejak ibu bapa saya berkerja di bidang swasta, saya tidak pernah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan melainkan sekali ketika saya bersekolah asrama dahulu.

Saya mengambil nombor untuk pendaftaran. Nombor 182. Sekarang nombor 160. Sekejap lagi dia panggillah tu. Risau melihat orang yang memenuhi tempat duduk menunggu. Hampir 80% tempat duduk penuh.

Hanya 21 orang sebelum saya untuk berdaftar bertemu doktor. Sangkaan saya 21 orang itu tidaklah begitu lama kerana ia hanyalah proses pendaftaran sahaja, tetapi sangkaan itu meleset. Polisi Kementerian Kesihatan mengutamakan warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk mendapatkan layanan istimewa. Mereka didahulukan atas faktor usia. Panas membara dibuatnya. Masakan mereka yang lewat didahulukan. Tetapi saya berfikir positif untuk menenangkan hati. Mereka yang tua memang wajar didahulukan.

Saya mencari perkara lain untuk difikirkan kerana tidak mahu melayan perasaan tidak puas hati terhadap 'polisi mesra warga tua' itu. Saya perhatikan sekeliling klinik ini, kemas dan bersih. Cuma dekorasinya tidak berkenan di hati saya, tidak seragam. Ada notis yang ditampal dengan kertas berwarna kuning, ada yang biru, hijau, bermacam jenis warna. Dan kertas notis itu hanya di'liminate'kan sahaja. "Lorong warga emas", "Pemeriksaan Darah", "Bilik 3 Kuning" dan sebagainya.

Hmm... Lantaklah. Mengapalah perlu saya berfikir berkenaan dekorasinya. Itu terpulanglah kepada bahagian pengurusan. Daripada dekorasi, terlintas di kepala, mengapa tidak klinik ini dibesarkan? Saya bandingkan klinik ini dengan klinik desa di Kampung Salak Tinggi. Klinik di Salak Tinggi itu lebih luas, 2 tingkat dan ia baru (ketika saya pergi dahulu) sedangkan klinik ini sudah lama dan sempit. Mengapakah kawasan kampung lebih besar kliniknya dan tidak di kawasan bandar yang kapasiti penduduknya lebih padat? Sedangkan kawasan klinik yang luas itu boleh digunakan untuk membina sebuah lagi klinik kesihatan yang seumpama dengan Klinik Salak Tinggi itu. Ah... biarlah mereka menyelesaikannya.

Dari dekorasi, saya berfikir tentang saiznya yang kecil. Kemudian saya terpandang gambar Agong dan Permaisurinya. Di sebelah kiri kedua-duanya tergantung gambar Sultan Selangor dan Perdana Menteri, Pak Lah. Saya rasa ada dua yang mungkin 'lupa' diletakkan di situ. Pertamanya, mestilah Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai. Mestilah, dia menterinya, takkan tidak digantung gambarnya. Kedua, gambar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid. Hmm... tak nak cakaplah. Nanti ada yang cakap saya 'berpolitik'. Kita abaikan soal gambar sebab ia soal remeh.

Jam menunjukkan pukul 3. Sudah 45 minit saya menunggu dipanggil untuk pendaftaran. Ya, pendaftaran. Bukan dipanggil untuk pemeriksaan. Saya bukan jenis manusia yang suka menunggu. Bak kata orang yang dilamun cinta, "Penantian itu satu penyiksaan." Saya mula resah. Saya lihat, warga tua yang datang kemudian dilayan dahulu. Mana adil begini. Pada sayalah, sepatutnya pihak klinik 'menyelang-nyelikan' antara warga emas dengan warga 'perak'. Makin menunggu, makin marah rasanya. Ibu saya awal-awal lagi sudah berpesan, pergi sahajalah ke Pusrawi (terletak di belakang rumah saya), lebih cepat berbanding ke klinik kerajaan. Saya kurang senang ke klinik swasta kerana bayarannya 20 kali ganda mahal berbanding di klinik kerajaan yang hanya RM 1 sahaja. Buat keras kepala, kemudian terseksa. Terima sahajalah kenyataan.

3.30 petang, barulah saya dipanggil untuk pendaftaran. Eloklah tidak lama untuk berurusan di kaunter pendaftaran. Saya mendapat nombor baru, 55 untuk diperiksa di bilik 3, ditandakan dengan warna kuning (huh, my favourite colour). Menunggu untuk pendaftaran sahaja sudah lebih 1 jam, bagaimana pula 'seksanya' menunggu untuk diperiksa? Klinik ini betul-betul melatih saya supaya bersabar.

Nombor 55, sekarang nombor 46. Saya tidak mahu lagi bersangka bahawa hanya tinggal 8 orang sahaja kerana 'polisi mesra warga tua' yang diamalkan pihak klinik. Dan memang benar, ia masih mengamalkan polisi tersebut di bahagian pemeriksaan. Sabar sahajalah. Nak dengar lagu, telefon dah rosak. Mahu tidak mahu, bersabar sahajalah.

Sambil menunggu, adalah seorang mak cik bertanya dengan seorang attenden klinik perempuan, mengapa bilik rawatan 2 begitu laju sedangkan bilik 3 lambat. Mak cik itu turut mendakwa bahawa kawannya yang sampai kemudian telah pun mendapatkan rawatan di bilik nombor 3. Nombor mak cik itu 57, orang kedua selepas saya. Daripada apa yang saya lihat, perwatakan mak cik itu memang mulut becok. Biarlah perilakunya Cuma saya kesal dengan jawapan attenden. Perkataan terakhir begitu menyakitkan hati saya selaku orang yang menunggu ialah "Nasiblah." Nasiblah dapat nombor macam tu... Beginikah cara melayan pelanggan? Saya lantas bangun untuk mengambil borang aduan untuk diisi.

Sejurus kemudian, giliran saya untuk diperiksa.

La... Ingatkan ada simptom-simptom yang berbahaya. Doktor memberitahu bahawa tahi telinga yang tersumbat di bahagian telinga yang menyebabkan saya rasa berdengung. Doktor syorkan saya menitikkan minyak zaitun dalam telinga. Baiklah...

Sepetang di Klinik Kesihatan AU2, Taman Keramat. Borang aduan yang diambil tidak diisi sebab kesuntukkan masa. Saya tidak hiraukan betapa lamanya masa yang diambil menunggu untuk membuat pemeriksaan. Cuma saya kesalkan, attenden klinik itu langsung tidak pandai berhadapan dengan pelanggannya yang juga merupakan pesakit di klinik tersebut. Ada yang memarahi pelanggannya kerana tidak membaca notis, tidak bersabar dan sebagainya. Beginikah sifat sopan santun wanita Melayu yang selama ini diwar-warkan?

Tetapi perasaan marah saya itu kemudiannya 'disiram' dengan layanan baik doktor, juga seorang perempuan.

Saya diharapkan supaya datang semula seminggu kemudian untuk pemeriksaan lanjut. Tetapi setelah apa yang saya lalui, sungguh saya tidak akan membuat sebarang pemeriksaan atau rawatan di klinik itu lagi. Layanan daripada attenden klinik yang begitu teruk.

Saya tidak menyalahkan klinik atau pihak atasannya, cuma saya kesalkan dengan sikap sebilangan stafnya...

Tinta mencoret: Harap-haraplah seorang dua yang buruk perangai macam ini dihantar menjalani kursus PR (public relations, bukan Pakatan Rakyat tau!), dan belajar bagaimana berhadapan dengan orang ramai. Usah biarkan susu sebelanga dirosakkan oleh nila setitik.

Coretan ini pun macam nak rosakkan susu, bukannya nak halang nila itu daripada 'dititikkan', atau sekurang-kurangnya menyalahkannya...

12 October 2008

Mengejut Subuh

Zaman sekarang dibandingkan dengan zaman dahulu memang banyak berbeza. Perwatakkan budak-budak dahulu dengan sekarang sudah jauh berubah. Usah diambil contoh yang jauh, cuma teropong pada diri kita sendiri.

Sewaktu saya kecil, sekiranya saya bangkit daripada tidur jam 8, pastinya ia waktu yang amat lewat. Keadaan rumah ketika itu sudah kecoh dengan borakan dan anak-anak (termasuk saya) berkumpul menonton rancangan kanak-kanak di TV. Seingat saya, antara rancangan yang dipertonton ketika itu ialah rancangan Dragon Ball, Sailormoon, KFC Hour, Digimon, Cardcaptor Sakura (my favourite) dan pelbagai lagi yang saya terlupa. Walaupun banyaknya rancangan kartun yang dihimpunkan, ternyata ia berjaya menarik perhatian kanak-kanak ketika itu untuk bangun awal pagi pada Sabtu dan Ahad.

"Zaman sudah berubah." Memang benarlah apa yang dikatakan itu. Zaman sekarang, budak-budak memang tidak peduli tentang kartun itu kerana mereka boleh menonton kartun pada bila-bila masa melalui Astro. Ada Astro Ceria, Cartoon Network, Disney Channel dan pelbagai lagi. Ini membuatkan himpunan rancangan kartun pada awal pagi Sabtu dan Ahad tidak lagi dihiraukan. "Alah, TV Malaysia apa yang sedap kartunnya..."


Bukan itu yang saya maksudkan, sedap ataupun tidak kartunnya. Yang saya risaukan ialah budaya bangun lewat. Memang tidak dinafikan, terkadang saya sendiri terbangun lewat. Tetapi, kita harus ingat. Budaya ini JANGAN sesekali kita terapkan dalam budaya anak-anak kita (wah, macam saya sudah ada anaklah pula).

Dewasa ini, kebanyakan daripada kalangan kita gemar bangun lewat. Tidak salah sekiranya kita lewat bangkit, tetapi ia menjadi salah sekiranya kita tidak berusaha bangkit untuk menunaikan solat fardu Subuh. Jadi, tidak mengapa sekiranya kita tidur selepas itu dan bangkitnya lewat...

Solat Subuh adalah salah satu daripada solat 5 waktu. Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa orang munafik (berpura-pura Islam atau berpura-pura mengamalkan ajaran Islam) begitu liat untuk mengerjakan solat Isyak dan Subuh. Mahukah kita tergolong dalam kalangan orang munafik?

Dan menjadi kewajipan ibu bapa mengejutkan anak-anaknya untuk bersolat Subuh. "Tak sampai hatilah nak kejut. Biarlah mereka tidur. Tiap-tiap hari bangun awal untuk ke sekolah, hari minggu macam ni, biarlah mereka berehat." Berehat? Adakah mereka sangka bahawa di dalam neraka nanti ada masa untuk rehat daripada seksaan seperti mereka di sekolah atau kita di pejabat? Tidak sama sekali?

"Bagaimana sekiranya kita berusaha untuk bangun dengan pelbagai cara, tetapi tidak berhasil untuk bangun?" Insya-Allah, sekiranya cara kita itu betul, Allah akan menggerakkan kita untuk bangun pada awal pagi. Tugas kita, berusaha (dengan cara dan teknik yang betul dan sesuai) untuk bangun pagi.

Dengan syarat, usaha dan berserah. Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan memberati hamba-Nya dengan sesuatu yang diluar kemampuan. Bangun Subuh bukannya susah. Masalahnya ialah, kita sendiri tidak mahu berusaha untuk bangun seperti memasang alarm, sama ada jam loceng mahupun telefon bimbit. "Zaman dah berubah." Pelbagai cara kita boleh lakukan untuk bangun. Dan jangan lupa untuk mengejutkan anak-anak kita (bagi ibu bapalah), rakan-rakan kita dan sesiapa yang berhampiran dengan kita. Jangan sampai kita dipersoal oleh Allah swt kerana tidak menggerakkan mereka untuk mengerjakan solat Subuh.

Cerita mengenai mengejutkan seseorang untuk bangun Subuh, ada juga 'manusia' yang kejut bagai 'melepaskan' tanggungjawab sahaja. Itu salah. Kita melaksanakan tanggungjawab dengan 'melepaskan' tanggungjawab adalah dua perkara yang berbeza. Melaksanakan tanggungjawab bererti kita melaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 'keputusannya' yang diharapkan. Itu barulah melaksanakan tanggungjawab. 'Melepaskan' tanggungjawab bererti kita melakukan tanggungjawab secara ala kadar dan ia pastinya tidak mendatangkan hasil.

Kejutlah seseorang itu, tidak kiralah sama ada keluarga mahupun rakan untuk bangun solat Subuh bersama anda. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kebajikan yang anda buat walau sekecil ibadat seperti itu.

الله أعلم بالصواب

Tinta mencoret: Saya lebih suka kejut bebudak lepas saya sendiri selesai solat Subuh. Kalau kejut awal-awal pun bukan mereka semua nak bangun. Alasan mereka, masih awal...

11 October 2008

Kekuatan dan Potensi Wakaf Tunai Kepada Pembangunan Umat Islam

Khutbat Jumaat pada 10 Oktober 2008 di Masjid-masjid Negeri Selangor Darul Ehsan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita sentiasa beroleh rahmat Allah S.W.T, bahagia hidup didunia dan diakhirat.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mencari harta di dunia ini, tetapi jangan kita lupa, Islam juga mengalakkan umatnya menginfaqkan sebahagian daripada harta yang dimilikinya dengan cara berzakat, berwakaf dan bersedekah.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qasas ayat 77:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

Harta adalah salah satu perkara yang sangat diperlukan untuk hidup didunia ini, akan tetapi sifat manusia yang tidak pernah mengenal erti cukup telah membuat seseorang individu itu menjadi tamak haloba dan bimbang harta yang dimilikinya akan berkurangan, sekiranya ia disedekahkan kepada orang lain.Namun Allah S.W.T menyangkal perkara tersebut dan Allah S.W.T berjanji harta yang disedekahkan akan diganti oleh Allah S.W.T dan ianya tidak akan musnah sama sekali. sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 261:

"Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah maha luas (kurnianya) lagi maha mengetahui."

Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Ayat diatas menerangkan bahawa betapa maha pemurahnya Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang tidak bakhil terhadap sesama hambanya dimuka bumi ini. masih ramai masyarakat yang kurang sedar dan merasakan wakaf adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilaksanakan. Hakikatnya wakaf adalah sedekah jariah yang diiktiraf oleh Islam dan sunat dilakukan tanpa mengira masa melalui syarat-syarat yang telah ditetapkan. Meskipun perkara ini sunat dilakukan, akan tetapi ianya mempunyai pahala yang berlipat kali ganda banyak dan ianya juga dapat mendekatkan diri hamba kepada penciptanya, bersumberkan dari Abu Hurairah R.A ia berkata: Rasullullah S.A.W bersabda:

"Tiadalah harta itu berkurangan kerana sedekah. Allah tidak akan menambahkan kepada seseorang yang suka memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiadalah seseorang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan mengangkat darjatnya."

Hakikatnya sidang Jumaat sekalian, kini masyarakat Islam semakin mengetahui dan sedar kepentingan potensi wakaf, akan tetapi tidak semua di antara kita yang mampu melaksanakan amalan wakaf ini kerana kebanyakan individu didalam masyarakat kita pada hari ini tidak memiliki harta tidak alih seperti tanah dan rumah. Tambahan pula dengan nilai harta tak alih yang terlalu tinggi, ianya menjadi salah satu sebab amalan wakaf dikalangan masyarakat amat terbatas. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperkenalkan dan mewujudkan saham wakaf selangor, sebagai salah satu cara untuk masyarakat menghidupkan kembali amalan wakaf walaupun tidak memiliki harta tak alih.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Saham wakaf selangor adalah suatu kaedah wakaf tunai yang diperkenalkan oleh pihak MAIS sebagai satu cara untuk memartabatkan ekonomi umat Islam di negeri Selangor. Bagi tujuan tersebut, umat Islam boleh membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh MAIS sebagai pemegang amanah dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan umat Islam. Ibadah wakaf yang dilakukan generasi terdahulu dilakukan dengan cara individu, akan tetpi saham wakaf selangor ini merupakan amalan wakaf secara bersama ataupun berkelompok. Selain daripada itu, ianya memberi peluang dan merupakan satu cara bagi masyarakat yang tidak memiliki aset kekal seperti tanah, rumah, bangunan dan sebagainya untuk diwakafkan.

Semua masyarakat samada yang yang berpendapatan rendah , tinggi mahupun pelajar mampu dan berpeluang untuk menyertai saham wakaf selangor dengan kadar minimum sebanyak sepuluh ringgit sahaja, tanpa ada had maksimum. Saham wakaf Selangor juga tidak terhad kepada masa tertentu, ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad untuk sekali penyertaan sahaja. Selain daripada itu, syarikat-syarikat koporat juga sangat dialu-alukan untuk menyertai saham Wakaf Selangor sebagai salah satu cara menunaikan tanggungjawab dan kebajikan sosial kepada masyarakat, sebagaimana yang disarankan oleh pihak kerajaan. setiap penyertaan saham wakaf akan menerima resit rasmi yang melayakkan penyumbang mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Penyertaan Saham Wakaf Selangor boleh dibuat dikaunter Bahagian Baitulmal Tingkat 9 Menara Utara, bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Semua kaunter Pejabat Agama Islam Daerah, semua kaunter Lembaga Zakat Selangor, agen khas yang telah diberikan kuasa oleh MAIS serta agen penerangan dan kutipan MAIS. Selain daripada melalui kaedah wang tunai, penyertaan juga boleh dilakukan melalui cek, kiriman wang atau wang pos atas nama Majlis Agama Islam Selangor.

Saudara Sidang Jumaat Dirahmati Allah S.W.T,

Konsep Saham Wakaf Selangor adalah sama dengan konsep pelaksanaan wakaf berdasarkan ukuran kaki persegi dan wakaf tunai yang dipraktikkan disetiap negeri di Malaysia. Dana yang terkumpul digunakan untuk membina beberapa pembangunan wakaf yang terdiri daripada institusi pengajian, institusi ibadah dan ekonomi bagi menggalakkan ain wakaf tersebut untuk digunakan manfaatnya oleh masyarakat umum. Sehingga kini kutipan terkumpul Saham Wakaf Selangor berakhir disember tahun 2007, ialah sebanyak 15 juta.

Dengan adanya program ini, pihak MAIS telah melaksanakan beberapa pembangunan harta umat Islam melalui pendekatan wakaf antaranya dengan pembelian 5 lot kedai di Bandar Bukit Puchong, membina Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Taman Bandaran Kelana Jaya. Sebahagian kos pembinaan semua masjid Al-Nur, Kampung Kunci Air Buang, Tanjung Karang , sebahagian kos pembinaan Sekolah Rendah Agama Pulau Indah dan pembinaan perpustakaan wakaf di wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam. Selain itu, MAIS juga memberikan bantuan umum kepada sekolah, surau-surau dan masjid melalui mesyuarat jawatankuasa pengurusan wakaf MAIS. Ini membuktikan bahawa pihak MAIS begitu bersungguh-sungguh dalam usaha memartabatkan sosial dan sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Selangor melalui pembangunan harta wakaf.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Adalah diakui bahawa amalan berwakaf dapat menjadi satu sistem bagi membangunkan ekonomi umat Islam, seandainya ditadbir secara berkesan. dalam suasana ekonomi umat Islam yang sentiasa ketinggalan dengan bangsa asing, seharusnya umat Islam perlu ada satu kaedah yang diiktiraf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi ummah. Oleh itu, komitmen, kesedaran dan sokongan semua pihak amatlah diharapkan untuk menjayakan program ini.

Justeru, rebutlah peluang keemasan ini untuk kita membangunkan institusi wakaf bagi manfaat umat Islam pada masa akan datang, sekaligus mengumpulkan bekalan akhirat sebelum kita menemui Allah S.W.T dan memartabatkan Islam ditempat yang tertinggi. semoga sumbangan wakaf yang dihulurkan akan dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berkekalan dan membawa kesejahteraan kepada umat Islam terutamanya dinegeri Selangor.

"Jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahannya menyangka bahawa kebakhillan itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan harta mereka simpan itu (tidak menegeluarkan Zakat) pada hari kiamat kelak. Allah jualah yang memiliki segala warisan (isi) langit dan bumi. (Ingatlah) Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan." (Surah Al-Imran ayat 180)

Tinta mencoret: Bersama membangunkan institusi wakaf bukan sahaja di Selangor, bahkan di seluruh Malaysia dan dunia...

09 October 2008

Taktik Penjenayah


Kes-kes jenayah yang kita menjadi mangsa kepada keadaan. Di sini saya ada memetik beberapa kes yang berlaku bukan kerana kesalahan kita tetapi kerana keprihatinan kita sendiri.

(http://cikwiduri.wordpress.com/2008/10/08/fraud-tactics)

(1) Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly, he called me. He said he didn’t know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine. I answerd ‘NO!! If you need help, ask the security to help you’. Then he said ‘nevermind..’ and continued to find other people to help him.
REMEMBER: ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card. Besides, his ATM card could be a stolen one. So please be careful of these tactics.

(Hari ini saya melalui sebuah mesin ATM. Di situ ada seorang tua yang mencari saya. Tiba-tiba, dia memanggil. Orang tua itu mengatakan bahawa dia tidak pandai membaca, jadi dia memberikan kad ATMnya kepada saya dan meminta tolong untuk mengeluarkan wang daripada mesin tersebut. Saya menjawab "TIDAK! Jika pak cik perlukan bantuan, mintalah kepada pak guard (security guard) untuk membantu pak cik. Orang tua itu membalas "Tak mengapalah," dan mencari orang lain untuk membantunya.
PERINGATAN: Mesin ATM mempunyai kamera CCTV. Jika anda membantu pak cik itu, mungkin dia akan mendakwa anda merompak dia ataupun merampas kad ATMnya. Lagipun, mungkin dia menggunakan kad curi. Jadi, berhati-hatilah dengan taktik ini.)

(2) Suddenly your house lights go off. From your window you find that your neighbours still have lights. So you go out of your house to check the Meter Box. But once you open the door, a knife will be pointing at you and preventing you from closing it. This is when you will be robbed and injured. REMEMBER: Even though your electricity suddenly goes off, DO NOT open your door immediately. Look around to see if there is anything unusual or if there is any noise around.

(Secara tiba-tiba, rumah anda black-out. Anda boleh perhatikan rumah jiran masih mempunyai elektrik melalui tingkat rumah anda. Jadi, anda mungkin akan keluar dan memeriksa meter elektrik. Tetapi, apabila anda membuka pintu, anda akan ditikam dan anda tidak berdaya untuk menutup pintu itu (untuk menghalang mereka daripada masuk). Keadaan ini menyebabkan anda cedera ditikam dan rumah anda dirompak.
PERINGATAN: Walaupun black-out, JANGAN SESEKALI buka pintu rumah anda terlebih dahulu. Perhatikan sekeliling, pastikan tiada sesuatu perkara pelik atau bunyi-bunyi yang mencurigakan.)

(3) This is another incident. You may have heard it before, it is about a lady who she saw a kid crying by the roadside. When she spoke to the kid, the kid told her he was lost and wanted her to take him home. The kid even gave her a paper with his house address. So she took him home. But when she rang the door bell, she had an electric shock. Later when she woke up, she was naked in an empty room.
REMEMBER: Being such a compassionate and helpful person might not be a good thing these days. Pass this on and girls, please be careful.. DON’T BE TOO KIND!!

(Anda mungkin pernah dengar sebelum ini. Ia melibatkan seorang wanita yang melihat seorang budak menangis di tepi jalan. Bila dia bertanya, budak itu memberitahu bahawa dia telah sesat dan meminta tolong supaya dia dihantarkan pulang ke rumahnya. Budak itu tidak memberikan apa-apa dokumen yang tertulis alamatnya. Jadi, wanita tersebut membawa budak itu pulang ke rumah yang didakwanya. Tetapi apabila wanita itu menekan loceng, dia terkena kejutan elektrik dan pengsan. Apabila sedar, dia telanjang bulat dalam sebuah bilik kosong.
PERINGATAN: Kebelakangan ini, menjadi seorang yang baik dan tolong-menolong (secara membuta-tuli) memungkinkan anda menjadi mangsa kepada jenayah. Sebar-sebarkanlah terutamanya kepada wanita. Jadi, JANGAN JADI TERLAMPAU BAIK.)

(4) One day, there was an old lady outside my house holding 2 packets of sweets. At first I thought she was our neighbour and wanted to give us these packs of sweets as a gift. But then when she spoke, I can realised that she was foreigner. I could not understand what she was talking about. I guessed she must be asking for money.I sensed there was something wrong and immediately closed the door and ignored her. Later, I found she and an accomplice robbed someone else down the road.

(Suatu hari, ada seorang nenek berdiri di luar rumah saya sambil memegang 2 peket gula-gula. Mula-mula, saya sangka dia jiran saya dan mahu memberi kami (sekeluarga) gula-gula it, tetapi bila dia mula bercakap, saya sedar yang dia bukan orang Malaysia. Saya langsung tidak memahami apa yang dikataknya. Mungkin dia meminta derma untuknya. Saya berasa tidak sedap badan dan saya tutup pintu dan mengabaikannya. Selang kemudian, dia dan rakannya (tidak dikenali) telah merompak rumah berhampiran.)

(5) I was at the ATM machine to withdraw some money. Behind me, there was an old lady. She asked me whether I was able to withdraw my money because she said she had problem with her machine. Suddenly a small girl came up beside me. The small girl was squeezing infront of me. I thought she was just naughty and playful. But then, the small girl put her hand at the tray of the ATM machine where the money comes out, ready to take away my money. I sensed something wrong aned immediatly pushed her away. Later I realised that the small girl and the old lady worked together. She was trying to steal my money while the old lady was trying to distract my attention by asking me questions! REMEMBER: BE VERY CAREFUL when you are at an ATM machine and be alert. Look out for anyone suspicious around you!

(I sedang mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Belakang saya, ada seorang nenek. Dia menanyakan soalan sama ada saya boleh mengeluarkan wang ataupun tidak kerana dia mendakwa mesin itu bermasalah. Tiba-tiba, seorang budak perempuan datang dan bermain-main dihadapan saya. Saya sangka budak itu riang dan nakal. Tetapi kemudiannya, dia meletakkan tangannya di tempat keluar wang dan bersedia untuk membawa lari duit saya. Saya rasa ada yang tidak kena dan terus menolak budak itu ke tepi. Kemudian, saya menyedari budak dan nenek tua itu berpakat, budak itu akan melarikan wang ketika saya dililaukan dengan soalan nenek tua itu.
PERINGATAN: HATI-HATI ketika anda berada di mesin ATM dan berwaspada. Perhatikan sekiranya terdapat orang yang mencurigakan di sekeliling.)

(6) My parents are retired and stay at home most days. One afternoon, a young stranger went to their house and said his motorcycle had no more petrol and the petrol station was too far for him to push his bike there. So he asked my parents for an empty coke bottle to buy some petrol. He said he will pay RM2 for the bottle. So my mum took one coke bottle for him. He really took out the money from his pocket, but it was a RM 100 note. He told my mum he had no small change and asked my mum to give him the change. Luckily my mum was smart. She just told him to take it for free.
REMEMBER: obviously that note is fake!! Who would want to pay for RM2 for an empty coke bottle!! It’s very OBVIOUS that stranger is a trickster.

(Ibu bapa saya pesara. Suatu hari, seorang pemuda asing datang ke rumah mereka dan mengatakan bahawa dia motornya kehabisan minyak sedangkan stesen minyak begitu jauh untuk dia menolak motornya. Jadi dia mahu membeli botol kosong dengan harga RM2 untuk dia pergi mengisikan minyak. Ibu saya memberikan satu botol untuknya. Ketika pemuda itu mengeluarkan wang dari poketnya, dia mendapati hanya terdapat RM100 sahaja. Dia mengatakan bahawa dia tiada wang kecil dan meminta ibu saya memberikan bakinya. Ibu saya kemudiannya memberikan botol itu secara percuma.
PERINGATAN: Wang tersebut sebenarnya palsu. Siapa yang akan bayar RM 2 hanya untuk satu botol kosong? Secara TERANG pemudia itu seorang penipu.)

(7) This happened in Bali. A newly married couple were having their honeymoon at the hotel. When both are in the changing room, the wife suddenly went missing. The husband was very anxious and went around to find her. He asked the hotel staff to help him find her. Then he thought his wife was just playing hide and seek. So he went back and waited for his wife. After a few hours, he decided to call the police. 3 weeks passed and there was still no news about his missing wife. So he went back and was very dissapointed and sad. A few years later, he came back to Bali, to watch a ‘FREAK SHOW’ in an old house. He saw a dirty and rusty metal cage. Inside there was a lady without limbs. Her body including the face was full of scars. When he had a closer look at her face, he was shocked to find that it was her missing wife put there as a means for begging.

(Situasi ini berlaku di Bali. Sepasang suami isteri berbulan madu di sebuah hotel. Ketika keduanya berada di bilik persalinan, isterinya tiba-tiba hilang. Si suami berasa cemas dan terus mencari isterinya. Dia meminta bantuan kakitangan hotel untuk mencarinya. Dia menyangka isterinya bermain sorok-sorok dan mengambil keputusan menunggu isterinya di bilik. Selepas beberapa jam, dia membuat panggilan polis. 3 minggu berlalu, tiada khabar tentang kehilangan isterinya. Dia kemudiannya balik dengan sedihnya. Selepas beberapa tahun, dia datang ke Bali untuk menyaksikan Freak Show (pameran benda-benda pelik). Dia melihat seorang wanita cacat dalam sebuah sangkar. Badannya penuh dengan parutan. Ia dinyatakan sebagai "Peminta" (sedekah, may be). Bila dia perhatikan wajahnya, dia terkejut bahawa itulah isterinya yang hilang.)

(8) This happened in Shanghai. A few years ago, a lady reported to the police that her cousin sister was missing in the shopping complex. But after 5 years, one of her friends found her cousin sister begging at the road side one of the streets in Bangkok, Thailand. The worst thing is that her cousin sister has no more limbs and her body was tied to a lamp post with a shackle (metal chain).

(Situasi ini berlaku di Shanghai. Beberapa tahun lalu, seorang wanita membuat laporan polis tentang kehilangan sepupunya di shopping complex. Selepas 5 tahun, seorang rakannya menjumpai sepupunya meminta sedekah di tepi jalan di Bangkok, Thailand. Paling menyedihkan, sepupunya tiada anggota badan dan badannya diikat pada tiang lampu dengan rantai besi.)

(9) Let’s just shorten this story. DO NOT open your house door when you hear the sound of a BABY CRYING!! It might be a trap! Women in the house must be alert to this trick. The police said it is the work of a robber or murderer using the recording of a baby crying to attract your attention. This normally happens at night and when you are alone in the house.

(JANGAN buka rumah anda apabila mendengar TANGISAN BAYI! Ia mungkin perangkap! Berwaspadalah terutamanya wanita. Pihak polis mengatakan bahawa terdapat perompak atau pembunuh yang menggunakan record tape (dan seumpama dengannya) untuk menarik perhatian anda. Ini biasa berlaku pada waktu malam dan ketika anda keseorangan di rumah.)

(10) I read an email that was sent by my friend. Her friend, known as A, went to Luo Hu Commercial City with 2 friends, B and C. Luo Hu Commercial City is the Shenzhen counterfeit goods distribution center. There are many people there. It’s also near to the ShenZhen train station and Hong Kong’s Luo Hu Port. C went to the toilet at the shpping centre while A and B waited outside. After waiting for a long time, they felt uneasy and went into the toilet to look for her. When they went in, there was nobody inside. Both were scared and they called C’s phone. There was no reply. So they reported to the police. The police asked them whether they had seen anyboby suspicious going into the toilet. Both said there were none and its impossible to bring a life person out of the toilet without them noticing! Then A remembered seeing a cleaner pushing a trolley in, and then coming out. The police told them that was not the 1st time such a thing happened. The police suspected a gang of criminals who were always attacking women in the the toilet of shopping complexes. They use cleaners to kidnap people to harvest their organs for sale.
REMEMBER: Please be careful when using the toilet. Do not go to the wash room or toilet ALONE!! Please at least have a partner with you.

(Saya membaca satu emel yang dihantar oleh rakan saya. Kawannya, A, pergi ke Luo Hu Commercial City dengan 2 orang, B dan C. Luo Hu Commercial City ialah pusat pengedaran barangan tiruan di Shenzhen. Ramai orang di sana. Ia berhampiran dengan stesen kereta api dan Pelabuhan Luo Hu di Hong Kong. C pergi ke tandas di sebuah pusat membeli-belah manakala A dan B tunggu di luar. Setelah sekian lama mereka menunggu, mereka masuk ke dalam untuk mencarinya (kerana terlalu lama menunggu). Tiada sesiapapun di dalam tandas. A dan B berasa takut lalu mereka menelefon telefon bimbit C. Tiada respon .Jadi, mereka membuat laporan polis. Polis bertanya sama ada melihat sesiapa yang mencurigakan masuk ke dalam tandas. Keduanya menyatakan tiada sesiapapun di sana dan mustahil ada yang membawa C keluar tanpa pengetahuan mereka. Kemudian, A teringat melihat seorang cleaner menolak troli masuk dan keluar. Polis memberitahu mereka bahawa ini buka kali pertama berlaku. Pihak polis mengesyaki terdapatnya sekumpulan penjenayah yang menyerang wanita di dalam tandas shopping complex. Mereka menyamar sebagai cleaner untuk mencolek dan mengambil organ badannya untuk di jual.
PERINGATAN: Berhati-hati ketika menggunakan tandas. Jangan masuk ke dalam tandas BERSENDIRIAN! Sekurang-kurangnya bawalah seorang teman bersama anda.)

Tinta mencoret: Tak tahulah apa yang nak dikatakan. Cuma satu sahaja, kepada wanita-wanita, berjalanlah dalam kumpulan. Lebih selamat dalam kumpulan daripada berpasangan sahaja... Dan ke mana sahaja kita pergi, ingat Tuhan, jangan lupa Tuhan dan berdoalah ketika kita ditimpa musibah...


07 October 2008

Tanggungjawab Mencari Pengganti Yang Berwibawa

Membaca surat Abu Bakr al-Siddiq tentang siapakah pengganti selepas kewafatannya sepatutnya membawa seseorang pemerintah insaf bahawa soal mencari pengganti ini adalah perkara besar yang akan mengundang samada redha atau murka Allah di akhirat nanti. Ia bukan soal melepaskan bebanan semata.

Jawatan pemerintahan pula, bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja.


Abu Bakr al-Siddiq pada penghujung hayatnya, menulis surat mencadangkan penggantinya. Dalam surat tersebut beliau menyatakan seperti berikut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayat di dunia ini, sedang keluar darinya, dan permulaan tempoh di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun buat Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

Surat ini menggambarkan betapa Abu Bakr al-Siddiq membuat cadangan penggantinya atas asas tanggungjawab di hadapan Allah tanpa sebarang kepentingan diri. Beliau juga memikirkan masa depan umat di bawah penggantinya, juga perasaan gerunnya kepada Allah tentang apa yang akan dilakukan oleh penggantinya.

Padahal pengganti yang dicadangkan itu ialah insan yang terbaik bagi umat ini selepas dirinya. Pun begitu, ayat amarannya jelas agar keadilan mestilah ditegakkan dan dia memilih pengganti atas keyakinan bahawa penggantinya dapat menjamin perlaksanaan keadilan yang dikehendaki Allah, bukan menjamin kepentingan dirinya atau kelompoknya.

Politik pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah agak mencabar. Khalifah terpaksa mencadangkan penggantinya yang dapat memastikan perjalanan kerajaan terus stabil. Walaupun kelihatannya ada unsur meminggirkan suara syura rakyat dalam pemilihan khalifah sehingga menyebabkan jawatan itu diwarisi secara dinasti bagi keturunan Bani Umayyah dan dinasti-dinasti selepas itu juga melakukan hal yang sama.

Namun risiko membuka jawatan khalifah untuk dibuat pemilihan terbuka juga adalah besar. Pertarungan merebut jawatan numbor satu dalam sesebuah kerajaan jika tidak dikawal dengan penuh sistematik dan kemas akan menatijahkan ketidakstabilan negara yang tiada kesudahannya.

Di samping, kelemahan sistem pewarisan takhta juga jelas. Apatah lagi ia bercanggah dengan ruh Islam. Sementara, membuka peluang syura kepada semua rakyat atau Ahl al-Hal wa al-‘Aqd memerlukan negara yang stabil sistemnya untuk mengawal perjalanan pemilihan agar tidak menimbulkan huru hara. Syura itu untuk kemaslahatan rakyat dan negara. Apabila ia dilaksanakan, hendaklah dipastikan natijahnya membawa kepada kebaikan dan kemaslahatan.

Jika hanya membawa kepada kerosakan, seperti jika suara ramai dijadikan ukuran dalam menentukan kepimpinan dalam sesuatu komuniti yang rosak agama dan akhlaknya, kemungkinan besar kesan pemberian hak memilih itu tidak membawa kemaslahatan. Mungkin akan dipilih pemimpin yang buruk nilai agama dan akhlaknya. Suara ramai dihormati, namun jika suara ramai itu mengundang keburukan, maka ia tidak patut diterima pakai.

Antara keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Kerajaan Bani Umayyah adalah wujud penasihat-penasihat yang terdiri daripada kalangan para ulama yang luas keilmuannya dan tajam serta tangkas pemikirannya.

Tokoh yang paling menonjol ialah Rajak bin Haywah. Beliaulah tokoh yang sering mendamping ‘Umar bin Abd al-‘Aziz dan memberikan pandangan-pandangan yang tangkas, bijak dan diredhai Allah dalam bidang politik dan kehidupan.

Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab:

“Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Walaupun apa yang dipertikaikan, Sulaiman bin ‘Abd al-Malik tetap berjasa dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah telah membawa rahmat kepada Dunia Islam.

‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian.

Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dia yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Seseorang bapa yang ingin meninggalkan rumahnya akan memastikan isteri atau anaknya boleh diharapkan agar harta benda dan keselamatan rumah terjamin. Rakyat dan negara tentu lebih berharga dari rumah individu dan kemusnahan sebuah negara tentu lebih besar kesannya daripada kemusnahan sebuah rumah.

Memastikan agar negara yang diwarisi dalam keadaan sejahtera dan selamat adalah tanggungjawab yang penting. Kemusnahan sesuatu kaum atau masyarakat yang dirahmati Allah adalah disebabkan jenerasi yang mewarisi bangsa berkenaan menyeleweng dari landasan yang diredhai Allah. Allah mengingatkan kita mengenai hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya:

(maksudnya) “ Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) dalam al-Kitab (Al-Quran) ini tentang (Nabi) Idris; sesungguhnya dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.Mereka itulah sebahagian daripada Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat kepada mereka daripada keturunan (Nabi) Adam, dan dari keturunan mereka yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama (Nabi) Nuh, dan daripada keturunan (Nabi) Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil (Nabi Ya’kub)- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”. (Surah Maryam, ayat 56-60).

Seperti yang sering saya sebutkan, dalam Siyasah Syar’iyyah (Politik Islami) dua asas penting diambil kira dalam memberikan amanah atau tugasan khususnya politik kepada seseorang individu. Asas itu adalah al-Quwwah dan al-Amanah atau Kemampuan dan Amanah.

Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.” Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26) Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s : (maksudnya: ”Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (Surah Yusuf: 54). Firman Allah dalam menyifatkan Jibril: (maksudnya) “Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy, yang ditaati lagi dipercayai (Surah al-Takwir ayat 19-21). Katanya Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri amanah yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): “Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir (Surah al-Maidah: ayat 44)”.

Krisis kepimpinan dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berpunca kerana ada pihak pihak yang hanya menumpukan di sudut al-Quwwah iaitu kemampuan atau kewibawaan atau karismatik seseorang tokoh dalam politik, tetapi melupakan sudut amanah yang membabit mengenai pegangan agama atau kesolehan seseorang pemimpin.

Sehingga akhirnya, ada yang memiliki kemampuan kepimpinan politik, tetapi kontang dari nilai-nilai takwa sehingga mudah terjerumus ke dalam kancah penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sementara, ada pihak yang lain begitu memberikan perhatian kepada soal kekuatan pegangan agama sehingga mengabaikan soal kemampuan dalam kepimpinan politik.

Ini juga menyebabkan ramai orang yang atas kepercayaan orang ramai tentang pegangan agama mereka lalu diberikan jawatan politik, akhirnya mereka gagal menguruskannya. Bukan kerana tidak amanah, atau tidak takutkan Allah, tetapi kerena tidak mempunyai ciri al-Quwwah atau kemampuan dalam menguruskan kepimpinan yang diamanahkan kepadanya.

Sebab itu Rasulullah s.a.w tidak memberikan jawatan kepada sahabah-sahabat yang tidak berkemampuan sekalipun dia seorang yang soleh. Seperti sabda baginda kepada Abu Zar r.a.:

“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”.

Walaupun Abu Zar terkenal baik dan soleh, namun itu belum cukup untuk melayakkannya memimpin.

Tanggungjawab rakyat dan kepimpinan yang memiliki kuasa untuk memastikan bahawa jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat itu tidak akan jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak. Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas.

Artikel ini ditulis oleh SS Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

(klik disini untuk pautan ke artikel asal)

Tinta mencoret: Betul. Cari pengganti hendaklah yang layak. Tiada apa yang saya nak sangkalkan... Cuma janganlah kita sibuk pasal peralihan kuasa, pertukaran kerajaan, tetapi penggantinya lebih teruk daripada yang sedia ada. Kalau inilah yang berlaku, terus terang saya katakan, tidak akan saya menyokongnya. Eloklah dikekalkan sahaja daripada berudah luaran sahaja, dalaman masih di takuk lama. Umpama tajuk cerita, Pi Mai Pi Mai Tang Tu...

Sessions Court Allows Defence To Submit On Validity Of Transfer Certificate



KUALA LUMPUR, Oct 7 (Bernama) -- The Sessions Court here today ruled that it had the discretion to hear submissions on the defence objection questioning the validity of the certificate produced by the prosecution to transfer Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case to the High Court.


Judge S.M.Komathy Suppiah rejected the preliminary objection by the prosecution which contended that it was mandatory for the Sessions Court, under Section 418A (3) of the Criminal Procedure Code, to transfer the case to the High Court once the transfer certificate had been issued by the prosecution.

She made the decision based on four cases, including the corruption case of former Sawit Kinabalu Group managing director Datuk Wasli Mohamad Said where it was held that the Sessions Court had the jurisdiction to determine the validity of the transfer certificate in question.

She also denied the application by Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, head of the prosecution unit in the Attorney-General's Chambers, for a stay of execution of her decision pending the prosecution's filing for revision at the High Court.

However, Komathy granted the prosecution's application for Attorney-General Tan Sri Gani Patail and Solicitor-General Datuk Idrus Harun to file affidavits to support its (prosecution) submission on the defence objection.

Komathy then adjourned to 2.30pm to hear submissions.

Anwar, 60, is charged with voluntarily committing carnal intercourse against the order of nature with his former aide, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, at Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara between 3.01pm and 4.30pm on June 26.

The Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor and newly-appointed Opposition leader in the Dewan Rakyat (lower house of Parliament) following his victory in the Permatang Pauh parliamentary by-election, faces a maximum penalty 20 years under Section 377B of the Penal Code if convicted but will not face whipping as he is above 50.

Anwar is free on a personal bond of RM20,000 without surety. The defence team comprised Sulaiman Abdullah, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya and Mohd Radzlan Jalaludin.

Mohamed Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat and Shamsul Sulaiman were the prosecution's team.

Sumber: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Tinta mencoret: Anwar dituduh meliwat Saiful. Ha... ha... ha... Betul atau tidak, tunggu sahaja keputusan mahkamah. Kalau tertuduh bersalah, bersalahlah (pada pandangan manusia). Kalau tertuduh tidak bersalah, tidak bersalahlah (pada pandangan manusia). Nak kata saya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) 101%, saya hanya berpegang satu, sekiranya benar-benar beliau bersalah, walaupun beliau bebas, akhirat kelak beliau tidak terlepas daripada hukuman Allah yang maha berat. Dan sekiranya dakwaan beliau yang mengatakan bahawa kes ini adalah konspirasi untuk menjatuhkannya adalah benar dan akhirnya beliau dihukum penjara, moga-moga Allah 'menjatuhkan' sekumpulan manusia yang berniat jahat itu sesegera...

Saya kagum satu sahaja terhadap Anwar, beliau dihormati bukan setakat pemimpin dan dunia barat sahaja tetapi juga pemimpin dari Timur Tengah dan blok timur...

06 October 2008

Wang Ihsan Bill Gates

Oleh Amir Abd Hamid

KUALA LUMPUR: Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates, bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel.

Antara kandungan e-mel yang kini tersebar luas di seluruh negara ialah ‘tidak perlu mengeluarkan sebarang modal atau pelaburan, namun dijanjikan pulangan wang ribuan ringgit setiap minggu dengan hanya menghantar e-mel’.

Dakyah e-mel berangkai itu menyatakan Gates mahu berkongsi kekayaan melimpah ruah dimilikinya dengan pelanggannya, menerusi dua syarikat tersohor, Microsoft dan AOL.

Turut dinyatakan pesanan, pembaca yang mengendahkan e-mel berangkai yang dikirim itu bakal menyesal tidak terhingga di kemudian hari.

Malah, pengakuan yang dilampirkan bersama kiriman e-mel itu turut tertera dakwaan beberapa nama yang menerima wang dalam dolar Amerika Syarikat, dimasukkan melalui akaun bank.
Namun, setiap pembaca yang mengirim semula e-mel itu perlu memberikan butir diri seperti alamat dan nombor akaun bank sebelum menerima wang berkenaan.
Untuk meyakinkan pembaca e-mel, nama penjawat kanan badan berkanun iaitu setiausaha kepada Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah, Norhafizah Abdul Halim, turut dinyatakan sebagai antara pelanggan bertuah yang menerima kononnya ‘wang ihsan’ Gates itu.

Pengakuan menerusi e-mel berkenaan mengatakan kononnya Norhafizah menerima wang RM5,449 dimasukkan ke akaunnya selepas melanjutkan e-mel itu kepada pihak lain.

Bagaimanapun, Norhafizah, 27, ketika dihubungi Harian Metro semalam menafikan mendapat wang ‘terpijak’ itu dan mendakwa ada pihak tertentu menggunakan butir dirinya serta tidak tahu tujuan pihak terbabit.

Katanya, dia langsung tidak percaya walau apa juga jenis skim, pelaburan atau segala bentuk kenyataan menawarkan wang tanpa berusaha.

Dia yang terkejut apabila dihubungi Harian Metro menyatakan jika boleh mendapat ribuan ringgit dengan hanya duduk saja, lebih baik berhenti kerja.

“Saya tertekan sehingga mengganggu kerja apabila menerima ratusan panggilan dan e-mel sejak maklumat diri dipergunakan di Internet mengenai wang ihsan itu.

“Nama, jawatan dan nombor telefon yang tertera itu sebenarnya bagi tujuan urusan kerja yang dipaparkan di laman web Mara.

“Tapi saya sudah hubungi pegawai sistem maklumat Mara di ibu pejabat Mara Kuala Lumpur untuk membantu mengatasi masalah itu dan ketua (pengarah) di Kedah turut diberitahu,” katanya yang membuat laporan polis.

Sementara itu, Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd yang juga pengasas dapat.com, Azli Paat, menjelaskan e-mel berantai seperti itu digunakan sindiket untuk menjual nama, alamat, e-mel dan nombor telefon mangsa kepada syarikat tertentu.

Mengulas lanjut, katanya, kebiasaannya syarikat yang membeli butiran peribadi itu menjalankan perniagaan tidak sah seperti gores dan menang.

“Ada juga butiran peribadi mangsa digunakan bagi penipuan akaun bank. Kegiatan seperti ini lebih bahaya daripada ancaman virus.

“Virus boleh digugurkan melalui antivirus, tapi sindiket menjalankan urusan jual beli maklumat peribadi ini mengaut untung dengan menganiaya pemilik maklumat itu,” katanya.

Azli berkata, harga setiap e-mel atau butiran peribadi lain bergantung kepada perniagaan yang dijalankan iaitu boleh bermula daripada 20 sen hingga sekitar RM5.

“Bayangkan jika maklumat yang dijual dalam skala besar padahal modalnya hanya cipta satu skim boleh menarik pelayar laman web,” katanya.

Menurutnya, dia turut menerima banyak e-mel menawarkan wang, tapi mengambil tindakan membuang atau meletakkannya dalam fail spam.
Sumber: Harian Metro, 6 Oktober 2008
Tinta Mencoret: Saya dari dulu lagi tidak pernah percaya dengan surat berangkai. Kali pertama menerima surat berangkai masa darjah enam. Masa itu, bukanlah dengan e-mail tetapi dengan surat. Memang tidak dibalas walaupun disuruh hantar kepada enam pengirim lain. Ibu saya yang cakap jangan balas, saya pun malaslah nak balas. Bazir masa. Hitam putih tiada, masakan kita peroleh keuntungan?

Why The Muslims Worship To The Moon God?

Sebelum ini, saya ada post satu kartun yang mengatakan bahawa Allah itu adalah Moon God (Tuhan/Dewa Bulan) dan orang Islam sebenarnya menyembah Moon God tersebut. Di bawah ini ada penjelasan mengenai tanggapan sesetengah orang bukan Islam yang mengatakan bahawa orang Islam menyembah bulan (lebih kurang samalah dengan sembah Moon God tadi).



Soalan yang dilontarkan sebenarnya ialah:
Why the Muslims claim that they only worship God, the same God of Abraham and the same God of Jesus, peace be upon them. And yet at the same time they actually worshiping a Moon God and The Black Box (Kaaba) in the desert?
(Mengapa orang Islam mendakwa bahawa mereka hanya menyembah Tuhan Yang Esa, Tuhan yang sama dengan Ibrahim dan Isa, alaihimussalam, dan dalam masa yang sama, mereka sebenarnya menyembah Tuhan Bulan dan "Kotak Hitam" (Ka'abah) di padang pasir?)


NOTA

1. Lambang bulan dan bintang itu sebenarnya mula digunakan ketika zaman empayar Uthmaniah.
2. Penggunaan bulan sebagai penentuan masukkan bulan Ramadan untuk umat Islam berpuasa dan menetapkan tarikh bermulanya wukuf di 'Arafah.
3. Allah secara terang sama sekali telah melarang hamba-Nya menyembah selain daripada-Nya termasuklah bulan (of course including The Moon God).
4. Berhala The Moon God yang dijumpai di Palestin itu menunjukkan bahawa orang Arab Jahiliyyah telah terpesong jauh daripada ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw datang membersihkan semua jenis kesyirikan ini kepada mentauhidkan Allah swt seperti ajaran asal Nabi Ibrahim.

(pautan ke post Kartun Yang Menghina Allah)

والله أعلم بالصواب

05 October 2008

Amerika Bendung Diskriminasi Agama

Susunan Idris Musa

AGENSI Persekutuan Amerika Syarikat mengeluarkan manual lengkap mengenai diskriminasi agama di kalangan pekerja, berikutan peningkatan dramatik layanan berat se belah terhadap sesetengah golongan minoriti agama, terutama Muslim.

“Kami mempromosikan etika pematuhan supaya setiap orang mendapat layanan sama mengikut undang-undang.


“Kami mahu menghentikan diskriminasi sebelum ia ber mula,” kata jurucakap Suruhanjaya Peluang Samarata Pekerjaan (EEOC), David Grinberg kepada USA Today, baru-baru ini.

EEOC bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang menentang diskriminasi pekerjaan, mengeluarkan Manual Pematuhan Diskriminasi Agama di Tempat Kerja, be berapa minggu lalu.

Manual terbabit yang digunakan terhadap mana-mana bidang pekerjaan dengan 15 atau lebih pekerja, menyediakan garis panduan kepada majikan supaya memberikan layanan terbaik apabila berurusan dengan pekerja daripada pelbagai kumpulan agama.

“Majikan sepatutnya bekerja dengan pekerja yang inginkan penyesuaian jadual pekerjaan sesuai dengan praktik agama mereka,” katanya.

Dokumen terbabit juga melindungi pekerja daripada ajaran agama yang mengenakan pakaian tertentu seperti hijab bagi wanita Islam.

Ia melarang majikan daripada mengenakan syarat keselamatan (keterlaluan) terhadap pekerja atau pemohon berdasarkan asas agama.

“Ada majikan mensyaratkan pemohon Muslim untuk menyelidiki latar belakang atau prosedur keselamatan berlebihan kerana agama mereka, sedangkan pemohon bukan Muslim tidak dikenakan syarat terbabit,” katanya.

Dengan manual itu, EEOC juga mengeluarkan sisipan soal jawab dan panduan amalan terbaik, semuanya boleh di perolehi melalui laman web agensi terbabit.

EEOC menerima aduan mangsa diskriminasi terhadap majikan dan bertindak selaku hakim atas tuntutan diskriminasi yang dibawa terhadap agensi persekutuan.

Agensi terbabit menyatakan, manual baru itu dibuat atas tindak balas peningkatan diskriminasi agama, yang dilaporkan sejak beberapa tahun.

“Nasreen, seorang ejen tiket Muslim bagi penerbangan komersial, memakai tudung kepala atau hijab, bekerja di kaunter tiket lapangan terbang.

“Selepas peristiwa 11 September 2001, pengurusnya membantah bahawa pelanggan mungkin berfikir Nasreen ber simpati dengan pengganas berani mati itu.

“Justeru, perkhidmatan Nasreen ditamatkan atas alasan berpakaian sedemikian,” katanya.

Dalam kes lain, Harinder, yang bekerja di sebuah kedai kopi, berserban kerana dia berfahaman Sikh, dibuang kerja kerana pelanggan mungkin beranggapan dia seorang Muslim.

Muslim di Amerika yang berjumlah tujuh juta amat sensitif terhadap hak asasi yang terhakis sejak serangan 11 September itu.

INFO

KES diskriminasi yang direkodkan EEOC mendapati jumlahnya meningkat mendadak sejak 15 tahun lalu daripada 1,388 kes pada 1992 kepada 2,880 pada 2007.

EEOC mengesahkan Muslim berdepan dengan diskriminasi teruk di tempat kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kes diskrimansi yang direkodkan membabitkan Muslim saja meningkat lebih dua kali ganda meningkat daripada 398 kes pada 1997 kepada 907 kes tahun lalu.

Perangkaan membabitkan kes terbabit memuncak sehingga 1,155 kes (paling tinggi) pada 2002 selepas peristiwa serangan 11 September 2001.

Kajian yang dilakukan ‘Pew Research Center and the Pew Forum’ pada 2007 mendapati sikap terhadap Muslim dan Islam meningkat lebih negatif dalam beberapa tahun ini.

Sumber: myMetro

Tinta mencoret: Alhamdulillah. Walaupun Amerika bukanlah sebuah negara yang Islamic tetapi masih ada di kalangan penguatkuasa undang-undang mereka yang merasakan perlunya satu garis panduan terhadap pendiskriminasian terhadap agama secara umumnya dan ia sedikit sebanyak dapat membela hak pekerja-pekerja Muslim Amerika. Negara-negara Islam yang lain seperti Malaysia khususnya dan negara-negara Timur Tingah yang sering dilaporkan menindas kumpulan minoriti terutamanya yang tidak seagama dengan kita, perbaikilah diri. Sesungguhnya Islam melarang kita daripada menindas walaupun kepada mereka yang tidak seagama dengan kita.

Kenaf Pengganti Ideal Tembakau

Oleh Nor Adilah Ali

KOTA BAHARU, 3 Okt (Bernama) -- Kenaf akan menjadi tanaman alternatif menggantikan tembakau memandangkan lebih 5,000 penanam tembakau di negara ini dijangka terjejas teruk apabila Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dikuatkuasa menjelang 2010.

Di bawah AFTA, akan berlaku penurunan harga dan pengurangan duti import tembakau.

Kenaf ialah sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.

Kenaf boleh dituai hasilnya selepas 120 hari dan kitaran penanamannya ialah tiga kali setahun.

ALTERNATIF TEMBAKAU

Pengerusi Lembaga Tembakau Negara, Datuk Mohd Zain Ismail berkata, petani yang mempelopori projek tanaman kenaf di Kelantan membuktikan bahawa tanaman tersebut efektif untuk menggantikan tembakau yang kurang kompetitif dalam industri perladangan.

Beliau berkata, Malaysia akan mengeksport 50,000 tan metrik kenaf setahun dengan nilai RM15 bilion mulai tahun depan.

Ini akan menjadikan kenaf sebagai komoditi utama negara menjelang 2010, katanya dan menambah bahawa Korea akan menjadi negara pengimport pertama dari Malaysia yang berjumlah 50,000 tan metrik setahun.

FIBER

Beliau berkata, peringkat pertama penanaman, sebanyak 1,000 hektar kenaf akan dilaksanakan termasuk 700 hektar di Kelantan.

Sementara itu, Ketua Unit Kenaf Lembaga Tembakau Negara (LTN) Kelantan, Aizwan Azmi berkata, dengan harga kenaf semasa RM500 setan metrik, penanam kenaf mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan hasil 15 tan metrik sehektar yang mampu membebaskan petani dari belenggu kemiskinan.

Katanya, hasil peningkatan projek kenaf, dua kilang memproses dibina sebagai memenuhi keperluan iaitu di Air Tawar, Pasir Puteh dan di Beris Lalang, Bachok yang membabitkan peserta projek Diraja Kelantan.

"Kilang yang memuatkan mesin bernilai RM600,000 hasil kepakaran pegawai LTN menerusi teknik inovatif berjaya memproses sepuluh tan metrik kenaf sehari dalam masa lapan jam bekerja.

"Hasil kenaf yang diproses di Tok Bali dan Beris Lalang ini dieksport ke Jerman dan Korea untuk keperluan pembuatan automotif, pembuatan perabot dan alat elektrik," katanya.

Menurutnya, apa yang pasti penanam kenaf mula yakin dengan prospek tanaman tersebut dan peningkatan harga dari RM300 kepada RM500 setan metrik memberi jaminan bahawa pendapatan petani akan meningkat.

Tambahan lagi, katanya, Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang membabitkan pelaburan RM112 billion dalam tempoh 12 tahun, yang turut menjadikan tanaman kenaf sebagai satu daripada sektor pertanian yang akan dibangunkan, dilihat mampu membantu dalam menangani ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan.

Sumber: Bernama

Tinta mencoret: Baguslah ditukarkan kepada kenaf. Buat malu kerajaan negeri sahaja yang selalu melaung-laungkan slogan "Membangun Bersama Islam" tetapi tembakaulah yang menjadi bahan utama pembuatan rokok ditanam di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Makkah itu. Kesimpulannya, tanamlah kenaf, naikkan taraf kehidupan petani kita...

04 October 2008

Pemilihan Tandas

Baru sebentar tadi, keluarga saya dikunjungi dua pupu saya (anak sepupu kepada ibu saya) bersama keluarga beliau dari Pantai Dalam. Rasanya sudah lama tak bersua dengannya, lebih kurang dekat setahunlah. Susah nak ke rumahnya, tiada parking yang mencukupi akibat daripada jumlah kereta yang dimiliki oleh penduduk di kawasan rumahnya lebih banyak daripada jumlah parking yang disediakan oleh DBKL.

Sambil-sambil beramah mesra dihadapan hidangan semangkuk besar bihun goreng dan sate ayam yang dibeli di medan selera Lembah Keramat, beliau ada berkongsi satu petua.

Katanya, orang tua, may be dalam lingkungan 55 tahun ke atas, sesuai menggunakan mangkuk tandas jenis duduk daripada jenis cangkung. Ada ke cerita pasal tandas depan makanan. Bukan cerita pasal buang air, cuma cerita pasal pemilihan bilik air sahaja. Mungkin tidak menjadi masalah walaupun berada di hadapan makanan.


Orang tua tidak sesuai menggunakan mangkuk tandas jenis cangkung kerana faktor usia dan daya kekuatan badan. Apabila seseorang tua itu bercangkung dalam keadaan yang agak lama, darah yang mengalir akan berhenti di bahagian lutut. Apabila mereka bangun setelah selesai bercangkung untuk qadha' hajat, mereka mudah untuk pitam. Keadaan mencangkung itu akan menyebabkan darah yang terhenti tadi akan segera naik secara laju ke atas dan akan menyebabkan tekanan darah turut naik serta dengupan jantung bertambah kencang. Kesannya, orang tua tersebut akan jatuh pitam. Tersilap jatuh, patah tulang dan boleh juga membawa maut.

Benarkah? Wallahu a'lam. Benar ataupun tidak, saya tidak dapat membuktikan kesahihannya. Boleh terus rujuk doktor ataupun mereka yang pakar dalam bidang ini.

Terima kasihlah kepada dua pupu saya yang berkongsi petua ini.


Coretan tinta: Kalau ia benar dan kaedah saintifik mengesahkannya, kita sepatutnya memilih tandas duduk pada masa tua nanti. Jangan masa itu dok sebuk berfikir nak ikut sunnah nabi sedangkan cara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Masa muda-muda tak mau pula ikut. Masa dah tua, sebuk nak ikut.