Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 October 2008

Kereta Api Berkembar KL-Ipoh Beroperasi 1 Disember

Oleh: Che Wan Badrul Alias

KUALA LUMPUR: Khidmat tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur-Ipoh menggunakan laluan kereta api berkembar dengan kekerapan 10 perjalanan setiap hari, akan mula beroperasi 1 Disember ini.


Perkhidmatan secara shuttle itu dijangka mampu membawa 3,040 penumpang setiap hari dengan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya berkenaan boleh dikurangkan kepada dua jam lima puluh minit.

Bagaimanapun, khidmat itu hanya sementara sebelum digantikan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang dijangka mula digunakan pada 2010.

Pengurus Besar Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antara Bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan (gambar), berkata buat permulaan lima gerabak penumpang iaitu tiga gerabak untuk kelas dua dan dua kelas ekonomi akan digunakan untuk setiap perjalanan.

Katanya, tren itu akan berhenti di lima perhentian iaitu Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai dan Tanjung Malim, manakala dua lagi iaitu Sungai Buloh dan Kuala Lumpur lama, masih dalam kajian.

"Jika semuanya berjalan lancar, kita akan mulakan sebelum Hari Raya Haji sebagai promosi perkhidmatan baru kami sebelum menggunakan ETS, sama seperti Komuter tetapi dengan kekerapan lebih tinggi.

"Apabila ETS beroperasi di laluan baru itu nanti, perkhidmatannya jauh lebih efektif berbanding tren sedia ada kerana ia lebih panjang, mempunyai enam gerabak dan lebih laju iaitu sehingga 140 kilometer sejam (km/j) berbanding had laju sekarang 120 km/j," katanya kepada Berita Harian.

Sarbini berkata, kos bagi menyiapkan projek itu diambil daripada peruntukkan sedia ada.

Katanya, bagi memperkenalkan perkhidmatan baru kepada pengguna, pihaknya perlu menyegerakan pembukaan laluan itu supaya ia bersedia digunakan sebelum Aidiladha, Krismas dan cuti sekolah akhir tahun ketika jumlah penumpang dijangka meningkat.

Beliau berkata, berbanding tren antara bandar yang lain, bagi laluan Kuala Lumpur-Ipoh, KTMB tidak akan membenarkan penumpang untuk berdiri sekiranya jumlah kerusi tidak mencukupi kerana tempoh perjalanan yang jauh.

Sumber: Berita Harian Online

p/s: En. Sarbini ni kawan bapa saya. He... he... he... Saya selalu syorkan kawan-kawan saya, naiklah kereta api. Keselamatan kita terjaga. Kalau kita lebih prefer naik bas ekspress, mereka ni pandu laju. Bukankah itu berbahaya? Takkan kita semua dah cukup banyak pahala kalau terjadi apa-apa sekiranya bas kemalangan akibat daripada pemanduan yang laju... Saya lebih suka naik kereta api daripada bas ekspress. Sebab itulah saya tak pernah naik sebarang bas ekspress untuk ke mana-mana destinasi. Naiklah kereta api, majukan industri perkereta-apian untuk negara...

No comments:

Post a Comment